Kos Pengeluaran Ayam dan Telur Suku Tahun Keempat 2024

Isu berkaitan kos pengeluaran ayam mula dibangkitkan sejak awal 2021 secara global termasuk Malaysia kesan daripada krisis kesihatan awam yang mendorong kepada penutupan sempadan antarabangsa dan langkah kawalan pergerakan pada tahun 2020.

Kos Pengeluaran Ayam dan Telur Q42024

Permintaan tinggi bahan mentah terutamanya bagi komoditi makanan ternakan ditambah dengan kekurangan stok bekalan menjadikan harga komponen makanan ternakan diperingkat global meningkat mendadak sejak 2021.

Justeru, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dengan kerjasama Kementerian Pertanian & Keterjaminan Makanan (KPKM) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) telah menjalankan Survei Kos Input Pengeluaran Ayam dan Telur 2022 bagi mengenal pasti kos pengeluaran ayam dan telur pada tahun 2022.

Rentetan itu, DOSM telah melaksanakan Survei Kos Pengeluaran Ayam dan Telur terhadap beberapa ladang ayam pedaging dan ayam penelur terpilih secara suku tahunan sehingga sekarang.

Objektif survei ini adalah bagi mengenal pasti kos yang terlibat dalam pengeluaran ayam dan telur ayam di peringkat ladang. Hasil survei ini juga diterjemahkan kepada Newsletter Kos Pengeluaran Ayam dan Telur.

Newsletter Kos Pengeluaran Ayam dan Telur Suku Tahun Keempat 2024 memaparkan purata harga bagi dua (2) komponen utama iaitu purata harga anak ayam (Day Old-Chick, DOC) dan makanan ternakan ayam. Kedua-dua komponen ini merangkumi harga bagi kedua-dua ayam pedaging dan ayam penelur.

Selain itu, Newsletter ini turut memaparkan harga DOC, makanan ternakan dan kos pengeluaran diperingkat ladang secara siri masa dari suku tahun pertama 2023 sehingga suku tahun keempat 2024.

Maklumat lanjut: https://www.dosm.gov.my/uploads/content-downloads/file_20250325135054.pdf

Dikeluarkan oleh:
JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA
Department of Statistics Malaysia (DOSM)
25 Mac 2025

-DOSM Keningau

Indeks Harga Pengeluar (Pengeluaran Tempatan), Februari 2025

Penerbitan Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Pengeluaran Tempatan merupakan penerbitan bulanan yang memaparkan statistik meliputi lima sektor utama iaitu Pertanian, perhutanan dan perikanan; Perlombongan; Pembuatan; Bekalan elektrik dan gas; dan Bekalan air. IHPR Pengeluaran Tempatan disusun berdasarkan data Survei Harga Pengeluar yang dilaksanakan pada setiap bulan.

Indeks Harga Pengeluar, Februari 2025

IHPR PENGELUARAN TEMPATAN MENGIKUT SEKTOR

Perubahan Tahun ke Tahun

Indeks Harga Pengeluar Malaysia, yang mengukur perubahan harga di peringkat pengeluar, mencatatkan peningkatan tahun ke tahun 0.3 peratus pada Februari 2025, sederhana berbanding kenaikan 0.8 peratus yang direkodkan pada Januari 2025.

Peningkatan sederhana ini dipengaruhi oleh peningkatan yang berterusan dalam sektor Pertanian, perhutanan & perikanan di sebalik penurunan dalam sektor Perlombongan.

Sektor Pertanian, perhutanan & perikanan kekal sebagai pemacu utama IHPR Pengeluaran Tempatan, mencatatkan peningkatan 15.2 peratus tahun ke tahun, berbanding kenaikan 16.5 peratus pada Januari 2025.

Subsektor Penanaman tanaman kekal sebagai faktor utama, meningkat 26.1 peratus. Namun begitu, sektor Perlombongan terus turun, mencatatkan penyusutan 9.7 peratus, dengan penurunan dalam Pengekstrakan petroleum mentah (-9.8%) dan Pengekstrakan gas asli (-9.4%). Sektor Pembuatan mencatatkan penurunan perlahan 0.3 peratus, berbanding penyusutan 0.6 peratus pada bulan sebelumnya.

Penurunan terbesar disebabkan oleh Pembuatan kok & produk petroleum bertapis (-12.7%) dan Pembuatan komputer, produk elektronik & optikal (-3.2%). Sementara itu, sektor Bekalan elektrik & gas mencatatkan penurunan sederhana 0.2 peratus, manakala sektor Bekalan air meneruskan trend positifnya dengan peningkatan 2.9 peratus.

Perubahan Bulan ke Bulan

Pada asas bulan ke bulan, IHPR Pengeluaran Tempatan meningkat sederhana 0.1 peratus pada Februari 2025, lebih perlahan berbanding 0.3 peratus pada Januari 2025.

Sektor Pertanian, perhutanan & perikanan meningkat 1.4 peratus (Januari 2025: -3.9%), disokong oleh peningkatan dalam Perikanan (5.9%) dan Penanaman tanaman kekal (1.6%).

Sektor Pembuatan meningkat 0.3 peratus, mengekalkan kadar kenaikan yang sama seperti bulan sebelumnya, disebabkan oleh Pembuatan kok & produk petroleum bertapis (0.9%) dan Pembuatan produk makanan (0.7%).

Sebaliknya, sektor Perlombongan menyusut 3.2 peratus (Januari 2025: 5.3%), disebabkan oleh Pengekstrakan gas asli (-3.5%) dan Pengekstrakan petroleum mentah (-3.2%).

Dalam sektor utiliti, sektor Bekalan elektrik & gas meningkat 0.3 peratus, manakala sektor Bekalan air mengalami penurunan 1.8 peratus.

IHPR PENGELUARAN TEMPATAN, JANUARI HINGGA FEBRUARI 2025

IHPR pengeluaran tempatan bagi tempoh Januari hingga Februari 2025 mencatatkan peningkatan 0.6 peratus berbanding penurunan 0.2 peratus pada tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Peningkatan ini dipengaruhi oleh sektor Pertanian, perhutanan & perikanan (15.9%), Bekalan air (5.2%) dan Bekalan elektrik & gas (0.1%).

Manakala, sektor Perlombongan turun 5.6 peratus dan sektor Pembuatan turun 0.4 peratus.

IHPR PENGELUARAN TEMPATAN MENGIKUT PERINGKAT PEMPROSESAN

Perubahan Tahun ke Tahun

Indeks Bahan mentah untuk diproseskan selanjutnya dan Bahan perantaraan, bekalan & komponen kekal tidak berubah pada asas tahun ke tahun.

Sementara itu, indeks Barang siap mencatatkan peningkatan kecil 0.7 peratus, disokong oleh kenaikan 1.7 peratus dalam indeks Kelengkapan modal.

Perubahan Bulan ke Bulan

Januari 2025 Februari 2025

Pada asas bulan ke bulan, kedua-dua indeks Bahan mentah untuk diproseskan selanjutnya dan Barang siap mencatatkan peningkatan sederhana 0.3 peratus.

Namun begitu, indeks Bahan perantaraan, bekalan & komponen turun perlahan 0.1 peratus.

Dikeluarkan oleh:
JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA
Department of Statistics Malaysia (DOSM)
27 MAC 2025

Sekian, terima kasih.

-DOSM Keningau

Penunjuk Ekonomi Malaysia - Indeks Pelopor, Serentak dan Susulan, Januari 2025

Indeks Pelopor Malaysia meningkat 0.4 peratus pada Januari 2025, menunjukkan bahawa ekonomi kekal pada trajektori positif.

Indeks Pelopor, Serentak dan Susulan, Januari 2025

Indeks Pelopor (IP) mengekalkan pertumbuhan positifnya selama 14 bulan berturut-turut, meningkat 0.4 peratus kepada 112.5 mata pada Januari 2025 berbanding 112.1 mata pada bulan yang sama tahun sebelumnya.

Peningkatan dua digit dalam Import Benar Semi Konduktor (14.1%) dan Bilangan Unit Kediaman Yang Diluluskan Pembinaan (13.7%) merupakan penyumbang kepada kenaikan ini.

Sebaliknya, prestasi bulanan IP menunjukkan penurunan sebanyak 1.2 peratus berikutan penyusutan lima daripada tujuh komponen terutamanya Import Benar Logam Asas Berharga & Logam Bukan Ferus Lain (-0.6%).

Kadar pertumbuhan IP terlicin bagi Januari 2025 kekal di bawah aliran 100.0 mata, menjangkakan prospek pertumbuhan ekonomi yang sederhana disokong oleh permintaan domestik yang berdaya tahan meskipun pasaran antarabangsa yang mencabar.

Merujuk kepada senario ekonomi semasa, Indeks Serentak (IS) menyaksikan sedikit peningkatan sebanyak 0.1 peratus dengan 124.8 mata berbanding 124.7 mata pada bulan yang sama tahun sebelumnya.

Ini disumbangkan oleh peningkatan marginal dalam empat komponen IS walaupun telah diimbangi oleh penurunan ketara dalam dua komponen lain.

Pada asas bulanan, IS menyusut 1.4 peratus disebabkan oleh penurunan yang signifikan dalam Kapasiti Penggunaan Dalam Pembuatan (-1.9%).

Indeks Difusi bagi IP dan IS menunjukkan trend menurun pada bulan Januari 2025, masing-masing mencatatkan 14.3 peratus dan 50.0 peratus berbanding 57.1 peratus dan 83.3 peratus pada bulan sebelumnya.

Dikeluarkan oleh:
JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA
Department of Statistics Malaysia (DOSM)
25 MAC 2025

Sekian, terima kasih.

-DOSM Keningau

Ekonomi Malaysia Diunjur Berkembang 5.5 Peratus Pada Tahun 2025

Ekonomi Malaysia diunjurkan berkembang antara 4.5 peratus hingga 5.5 peratus pada 2025 disokong faktor domestik yang positif meskipun berdepan persekitaran global yang mencabar.

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour, berkata persekitaran luaran dijangka semakin mencabar pada tahun ini berikutan kebangkitan semula tindakan perlindungan, di samping konflik geopolitik yang berlarutan, sekali gus menimbulkan cabaran terhadap Malaysia sebagai ekonomi yang kecil dan terbuka, menurut laporan Berita harian Online.

Ekonomi Malaysia Berkembang 5.5 Peratus 2025

Katanya, pengukuhan permintaan global khususnya akan bergantung pada perkembangan dalam sekatan perdagangan dan langkah tindakan balas yang dikenakan oleh negara ekonomi utama.

Menurutnya, risiko terhadap pertumbuhan mungkin timbul daripada hubungan perdagangan tegang yang menjejaskan momentum perdagangan global dan perkembangan geopolitik yang berpotensi menjejaskan rantaian bekalan serta meningkatkan volatiliti pasaran kewangan.

"Sebagai ekonomi yang kecil dan terbuka, kita tidak akan terkecuali daripada terkesan. Bagaimanapun, terdapat beberapa faktor bagi kita untuk agak optimistik mengenai prospek dalam negeri.

"Sumber pertumbuhan dalam negeri, digabungkan dengan struktur eksport yang pelbagai, akan membantu ekonomi menghadapi cabaran pada 2025," katanya dalam Tinjauan Ekonomi dan Monetari 2024 yang dikeluarkan BNM.

Mengulas lanjut, Abdul Rasheed berkata, aktiviti pelaburan yang didorong oleh projek berbilang tahun kekal sebagai aspek positif.

Beliau berkata, keadaan pasaran pekerja yang positif dan dasar yang merangsang pendapatan memberikan sokongan yang berterusan terhadap perbelanjaan isi rumah.

Mengenai inflasi, Abdul Rasheed berkata, usaha pembaharuan fiskal yang berterusan, dengan pelaksanaan rasionalisasi subsidi RON95 dan pengembangan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada 2025, dijangka menyebabkan kenaikan harga pada jangka pendek.

Namun, beliau berkata, pihaknya menilai kesan keseluruhan terhadap inflasi asas adalah terhad dan sementara.

"BNM telah menjalankan simulasi pada pelbagai senario dasar dan mendapati bahawa inflasi keseluruhan akan kekal antara 2.0 peratus hingga 3.5 peratus pada 2025, sekalipun berdasarkan andaian konservatif, sebelum kembali lebih rendah apabila kesan dasar semakin reda," katanya.

Mengenai dasar monetari, Abdul Rasheed berkata, berikutan ketidaktentuan yang ketara, risiko terhadap pertumbuhan diberikan tumpuan yang besar dalam pertimbangannya.

Beliau berkata, pada masa yang sama, bank pusat mengakui bahawa pembaharuan dasar dalam negeri yang berterusan akan memberikan tekanan harga pada jangka masa pendek.

Katanya, pendekatan BNM terhadap dasar monetari kekal berpandukan data dan berpandangan ke hadapan, dilengkapi dengan penilaian yang menyeluruh tentang risiko yang terus berkembang terhadap prospek inflasi dan pertumbuhan dalam negeri.

"Bagi tujuan ini, kami akan memantau dengan teliti perkembangan global dan potensi kesan limpahan pembaharuan dasar dalam negeri yang sedang dilaksanakan.

"Hal ini memerlukan penilaian berterusan terhadap inflasi yang berlarutan dan berleluasa, di samping mengambil kira kejutan luaran dan trajektori ekonomi Malaysia secara keseluruhan," katanya.

Sementara itu, Abdul Rasheed berkata, prestasi ringgit, seperti mata wang serantau lain, akan terus dipengaruhi oleh perkembangan luaran, terutamanya daripada kemungkinan perubahan dasar ekonomi utama.

Namun, beliau berkata, sekiranya Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) terus melonggarkan dasar monetari, perbezaan kadar faedah yang semakin mengecil antara AS dengan ekonomi lain akan memberikan sokongan kepada ringgit.

Dalam jangka panjang, prospek ekonomi Malaysia yang kukuh dan pembaharuan yang berterusan akan memberikan sokongan yang berpanjangan kepada ringgit, katanya.

-DOSM Keningau

Survei Pelancongan Domestik Malaysia, Suku Tahun Keempat 2024

Sektor pelancongan domestik Malaysia mengalami pertumbuhan yang memberangsangkan pada suku keempat 2024, dengan 66.8 juta pelawat, mencerminkan peningkatan ketara tahun ke tahun sebanyak 21.4 peratus.

Survei Pelancongan Domestik Malaysia Q4 2024

Bagi perbandingan suku tahun ke suku tahun, bilangan pelawat domestik menunjukkan peningkatan sebanyak 0.8 peratus.

Perbelanjaan pelancongan domestik turut melonjak sebanyak 21.9 peratus, berjumlah RM29.0 bilion dalam tempoh yang sama, manakala perbelanjaan pelancongan suku tahun ke suku tahun mencatatkan peningkatan ketara 13.4 peratus, sekali gus menekankan pertumbuhan teguh sektor itu.

Ketua Perangkawan Malaysia, Dato’ Sri Dr. Mohd. Uzir Mahidin menyatakan bahawa prestasi kukuh pelancongan domestik Malaysia pada tahun 2024 berterusan sehingga suku tahun terakhir, menjadikan jumlah pelawat pada tahun tersebut kepada 260.1 juta, dengan peningkatan sebanyak 21.7 peratus berbanding 2023.

Selaras dengan peningkatan jumlah pelawat, perbelanjaan pelancongan domestik mencecah RM107.2 bilion, mencerminkan pertumbuhan tahun ke tahun yang kukuh, iaitu sebanyak 26.3 peratus.

Pertumbuhan dalam pelancongan domestik juga dicerminkan dalam prestasi industri berkaitan pelancongan. Hasil daripada aktiviti zoo menyaksikan peningkatan sebanyak 15.6 peratus tahun ke tahun, menonjolkan daya tarikan terhadap hidupan liar.

Jualan runcit bahan api turut meningkat sebanyak 6.7 peratus, sejajar dengan aktiviti perjalanan domestik yang lebih tinggi, manakala ketibaan di lapangan terbang domestik meningkat sebanyak 6.1 peratus.

Selain itu, volum trafik lebuh raya meningkat sebanyak 3.8 peratus, menandakan tahap mobiliti yang lebih tinggi dalam negara.

Perkembangan ini disokong oleh peningkatan ketara 14.1 peratus dalam hasil subsektor penginapan, yang menunjukkan permintaan kukuh terhadap perkhidmatan perjalanan domestik.

Industri hotel menunjukkan daya tahan yang kukuh dengan kadar penghunian untuk hotel empat bintang meningkat sebanyak 5.9 peratus, mencerminkan permintaan berterusan untuk pilihan penginapan mewah.

Destinasi pantai menyaksikan peningkatan ketara sebanyak 12.1 peratus dalam kadar penghunian, menunjukkan peralihan ke arah percutian pantai, manakala kawasan bandar mencatatkan peningkatan sederhana sebanyak 0.7 peratus, menandakan pengagihan pelawat domestik yang lebih seimbang merentasi pelbagai destinasi.

Sektor pelancongan domestik Malaysia yang berkembang maju telah terbukti menjadi pemacu utama prestasi ekonomi negara.

Peningkatan dalam bilangan pelawat, ditambah dengan perbelanjaan pelancongan yang semakin meningkat, telah memperkukuh pelbagai industri yang menyokong kepada sektor itu, mengukuhkan peranan pelancongan dalam pembangunan ekonomi keseluruhan Malaysia.

Dato' Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin turut menekankan sumbangan positif daripada aktiviti ekonomi yang lebih meluas pada suku keempat ini.

Sektor Perkhidmatan berkembang sebanyak 6.2 peratus tahun ke tahun pada suku keempat, sebahagian besarnya didorong oleh pertumbuhan dalam Perdagangan Borong & Runcit dan Makanan & Minuman, sektor yang mendapat manfaat daripada peningkatan perbelanjaan pengguna untuk perjalanan, makan dan minum serta perkhidmatan yang berkaitan.

Subsektor Pengangkutan menyaksikan pertumbuhan kukuh terutamanya dalam pengangkutan darat dan pengangkutan udara, masing-masing meningkat sebanyak 10.0 peratus dan 9.3 peratus, mencerminkan peningkatan pergerakan pelawat domestik dan antarabangsa.

Pertumbuhan pelancongan domestik Malaysia dijangka akan berkembang, didorong oleh keyakinan pengguna yang berterusan, permintaan perjalanan yang tinggi dan sambutan musim perayaan akan datang.

Memandangkan sektor ini akan terus berkembang, sumbangan pelancongan kepada pembangunan ekonomi Malaysia kekal kritikal, mengukuhkan kedudukan pelancongan domestik sebagai asas kepada strategi ekonomi negara yang lebih luas.

Maklumat lanjut: https://www.dosm.gov.my/portal-main/release-content/malaysias-domestic-tourism-survey-fourth-quarter-2024

Dikeluarkan oleh:
JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA
Department of Statistics Malaysia (DOSM)
24 Mac 2025

-DOSM Keningau

Indeks Harga Pengguna Februari 2025

Inflasi Malaysia pada Februari 2025 menyederhana kepada 1.5 peratus berbanding 1.7 peratus yang direkodkan pada Januari 2025. Peningkatan sederhana ini telah didorong oleh peningkatan kumpulan utama Elektrik, Perumahan, Air, Gas & Bahan Api Lain, 2.3 peratus (Januari 2025: 2.8%); diikuti oleh Rekreasi, Sukan & Kebudayaan, 1.5 peratus (Januari 2025: 1.8%); Kesihatan, 1.0 peratus (Januari 2025: 1.2%); Pengangkutan, 0.7 peratus (Januari 2025: 0.9%) dan Hiasan, Perkakasan & Penyelenggaraan Isi Rumah, 0.3 peratus (Januari 2025: 0.5%).

Indeks Harga Pengguna Februari 2025

Namun begitu, Penjagaan Diri, Perlindungan Sosial & Pelbagai Barangan & Perkhidmatan (3.7%); Pendidikan (1.9%) dan Insurans & Perkhidmatan Kewangan (1.5%) masing-masing merekodkan peningkatan lebih tinggi berbanding bulan Januari 2025.

Manakala, Restoran & Perkhidmatan Penginapan; Makanan & Minuman dan Minuman Alkohol & Tembakau masing-masing meningkat pada 3.5 peratus, 2.5 peratus dan 0.9 peratus, kadar yang sama direkodkan pada bulan sebelumnya.

Selain itu, Maklumat & Komunikasi dan Pakaian & Kasut kekal berada dalam jajaran negatif, masing-masing merekodkan penurunan pada negatif 5.3 peratus dan negatif 0.2 peratus.

Inflasi keseluruhan bagi tempoh Januari hingga Februari 2025 meningkat 1.6 peratus, kadar yang sama direkodkan pada tempoh yang sama tahun 2024.

Kenaikan ini disumbangkan oleh Penjagaan Diri, Perlindungan Sosial & Pelbagai Barangan & Perkhidmatan (3.6%); Restoran & Perkhidmatan Penginapan (3.5%); Perumahan, Air, Elektrik, Gas & Bahan Api Lain (2.6%); Makanan & Minuman (2.5%) dan Pendidikan (1.8%).

Inflasi keseluruhan secara bulanan pada Februari 2025 meningkat kepada 0.4 peratus berbanding 0.1 peratus pada Januari 2025. Kesemua kumpulan utama telah merekodkan peningkatan antara 0.1 peratus hingga 0.8 peratus, kecuali Hiasan, Perkakasan & Penyelenggaraan Isi Rumah yang merekodkan penurunan negatif 0.1 peratus.

Manakala, Maklumat & Komunikasi dan Minuman Alkohol & Tembakau masing-masing kekal tidak berubah berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya. Kumpulan Insurans & Perkhidmatan Kewangan merekodkan peningkatan 0.8 peratus; diikuti oleh Perumahan, Air, Elektrik, Gas & Bahan Api Lain dan Penjagaan Diri, Perlindungan Sosial & Pelbagai Barangan & Perkhidmatan masing-masing meningkat 0.7 peratus; Restoran & Perkhidmatan Penginapan (0.6%); Pendidikan (0.5%); Makanan & Minuman (0.2%); Pengangkutan (0.2%); Kesihatan (0.2%) dan Rekreasi, Sukan & Kebudayaan (0.1%).

Inflasi Teras

Inflasi teras mengukur perubahan dalam harga barang dan perkhidmatan, tidak termasuk makanan segar yang harganya tidak menentu serta harga barangan kawalan oleh kerajaan.

Inflasi teras pada Februari 2025 meningkat kepada 1.9 peratus berbanding 1.8 peratus pada Januari 2025.

Peningkatan ini didorong terutamanya oleh kumpulan utama Makanan & Minuman (3.8%); Penjagaan Diri, Perlindungan Sosial & Pelbagai Barangan & Perkhidmatan (3.7%); Restoran & Perkhidmatan Penginapan (3.5%); Pengangkutan (2.6%) dan Perumahan, Air, Elektrik, Gas & Bahan Api Lain (2.3%).

Inflasi tanpa Bahan Api

Inflasi tanpa Bahan Api pada Februari 2025 meningkat perlahan kepada 1.6 peratus berbanding 1.8 peratus yang direkodkan pada Januari 2025 (Carta 3).

Inflasi tanpa Bahan Api meliputi semua barang dan perkhidmatan kecuali Petrol tanpa plumbum RON95, Petrol tanpa plumbum RON97 dan Diesel.

Dikeluarkan oleh:
JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA
Department of Statistics Malaysia (DOSM)
21 MAC 2025

Sekian, terima kasih.

-DOSM Keningau

Bonus Raya RM500, RM250 Untuk Penjawat Awam Dan Pesara 2025

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM500 kepada penjawat awam Gred 56 ke bawah yang akan dibayar pada 27 Mac 2025, lapor Berita Harian Online.

Bonus penjawat awam 2025

Perdana Menteri berkata, kerajaan juga bersetuju menyalurkan BKK Aidilfitri sebanyak RM250 kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen serta tidak berpencen.

"Kerajaan menimbang secara serius walaupun pada hemat saya (isu bonus penjawat awam) sudah diselesaikan pada bulan Februari tetapi kerana mengenangkan, pentadbiran itu lebih baik, khidmat mereka lebih baik dan kesungguhan yang ada.

"Maka saya putuskan, insya-Allah dalam minggu depan, kita akan salurkan Gred 56 ke bawah, RM500 bagi setiap penjawat awam dan untuk pesara, RM250 termasuk veteran dan veteran tidak berpencen," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Abdul Samad KLIA.

Berdasarkan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA), Gred 56 merujuk kepada Gred 15.

Peruntukan cecah RM1 bilion BKK

Anwar berkata, penyaluran BKK Aidilfitri kepada semua penjawat awam dan pesara itu membabitkan peruntukan mencecah RM1 bilion.

"Alhamdulillah oleh kerana kita catat pertumbuhan ekonomi lebih baik hasil negara lebih baik dan sumbangan penjawat awam lebih teratur, lebih disiplin, ketirisan masih ada tetapi banyak dikawal.

"Bulan Februari (lalu sudah) diberi bonus dan sekarang ni Ramadan, tekanan untuk keluarga, persiapan untuk Aidilfitri dan ada juga yang mengeluh kos hidup meningkat sedikit," katanya.

Justeru, Perdana Menteri mahu penjawat awam faham kenapa kerajaan sentiasa bertegas dan keras mengenai isu tatakelola bagi mengelak ketirisan dan rasuah.

"Sebab itu penting apabila kita (kerajaan) dapat hasil, kita pulangkan balik kepada rakyat," katanya.

STR diagih mulai Isnin depan

Selain itu, Anwar berkata, Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan diagihkan mulai Isnin depan.

"Untuk STR (peruntukan) mencecah RM1.7 bilion," katanya.

Terdahulu Anwar meluangkan masa bersama 3,000 jemaah menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Abdul Samad di sini.

Beliau sebelum itu bersama jemaah lain turut mendengar khutbah bertajuk '10 Terakhir Ramadan Memburu Lailatul Qadar' yang disampaikan oleh Ketua Bahagian Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) KLIA, Asisten Superintendan Mohd Shahrizan Samsudin.

Solat Jumaat kemudian diimamkan oleh Imam Besar Masjid Sultan Abdul Samad, Ustaz Bambang Eirman Bahudin.

Usai solat Jumaat, Perdana Menteri yang lengkap berbaju Melayu ungu sempat beramah mesra dengan pengurusan masjid dan kariah serta orang ramai sebelum beredar.

-DOSM Keningau

Banci Perkhidmatan Dan Peralatan Minyak Gas (OGSE) 2024

Laporan Perkhidmatan dan Peralatan Minyak & Gas (OGSE) buat julung kalinya diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Penerbitan ini memaparkan statistik utama yang diperoleh daripada pelaksanaan Banci OGSE 2024 bagi tahun rujukan 2023 berkaitan dengan bilangan pertubuhan, output kasar, input perantaraan, nilai ditambah, pekerja, gaji & upah dan harta tetap di peringkat nasional.

BANCI PERKHIDMATAN DAN PERALATAN MINYAK GAS 2024

Statistik berkaitan dengan aktiviti teras OGSE, Alam sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) dan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) yang merupakan antara indikator Pelan Hala Tuju Industri OGSE Kebangsaan (2021-2030) turut dilaporkan dalam penerbitan ini.

Mengulas prestasi laporan Banci Perkhidmatan dan Peralatan Minyak & Gas (OGSE) 2024, Ketua Perangkawan Malaysia, Dato' Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin, berkata, "Sejumlah 2,894 pertubuhan yang terlibat dengan aktiviti OGSE merentasi pelbagai sektor.

Dari segi bilangan, sektor Perkhidmatan mendominasi dengan 1,643 pertubuhan (56.8%), diikuti oleh sektor Pembinaan (802 pertubuhan; 27.7%), sektor Pembuatan (251 pertubuhan; 8.7%) dan sektor Perlombongan dan pengkuarian (198 pertubuhan; 6.8%)."

Ketua Perangkawan Malaysia berkata, "Nilai output kasar berjumlah RM79.2 bilion yang mana 35.5 peratus adalah disumbangkan oleh Sektor Perlombongan dan pengkuarian dengan nilai sebanyak RM28.1 bilion, diikuti oleh sektor Perkhidmatan, RM25.8 bilion (32.5%). Sementara itu, sektor Pembinaan dan Pembuatan masing-masing merekodkan RM15.4 bilion (19.4%) dan RM9.9 bilion (12.5%). Sejumlah RM59.3 bilion Output OGSE yang dijana dan menyumbang 74.9 peratus kepada keseluruhan Output kasar pada tahun 2023."

Mengulas laporan tersebut, Ketua Perangkawan berkata, "Nilai input perantaraan mencatatkan RM39.8 bilion pada tahun 2023 dengan Sektor Perkhidmatan merekodkan nilai tertinggi iaitu RM14.2 bilion (35.6%). Ini diikuti oleh sektor Pembinaan (RM10.6 bilion; 26.6%), Sektor Perlombongan dan pengkuarian (RM8.4 bilion; 21.1%) dan sektor Pembuatan (RM6.7 bilion; 16.7%)."

Nilai ditambah bagi pertubuhan yang terlibat dengan aktiviti OGSE berjumlah RM39.4 bilion pada tahun 2023. Sektor Perlombongan dan pengkuarian menyumbang RM19.7 bilion atau 50.0 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Seterusnya, sektor Perkhidmatan mencatatkan RM11.6 bilion (29.4%) dan diikuti oleh sektor Pembinaan dan sektor Pembuatan, masing-masing merekodkan RM4.8 bilion (12.3%) dan RM3.3 bilion (8.3%).

Senario pekerja yang terlibat dengan aktiviti OGSE, Ketua Perangkawan berkata, "Seramai 123,288 orang pekerja yang direkodkan pada tahun 2023. Sektor Pembinaan mencatatkan jumlah pekerja tertinggi sebanyak 50,696 orang (41.1%), diikuti oleh sektor Perkhidmatan (48,731 orang; 39.5%).

Pada masa yang sama, sektor Pembuatan dan sektor Perlombongan dan pengkuarian masing-masing merekodkan seramai 12,365 orang (10.0%) dan 11,496 orang (9.3%). Berkaitan dengan kategori kemahiran, Pekerja separuh mahir merekodkan bilangan pekerja tertinggi dengan 67,552 orang (56.1%). Ini diikuti oleh pekerja Mahir (41,048 orang; 34.1%) dan Berkemahiran rendah (11,917 orang; 9.9%)."

Jumlah gaji dan upah yang dibayar pada tahun 2023, merekodkan RM6.8 bilion dengan purata gaji sebanyak RM4,609 sebulan. Sektor Perkhidmatan mencatatkan nilai gaji & upah tertinggi berjumlah RM2.8 bilion (41.6%). Ini diikuti oleh sektor Pembinaan (RM2.1 bilion; 30.8%), sektor Perlombongan dan pengkuarian (RM1.2 bilion; 17.2%) dan seterusnya sektor Pembuatan (RM0.7 bilion; 10.4%).

Selain itu, Pekerja mahir menerima purata gaji & upah bulanan tertinggi sebanyak RM8,107 diikuti dengan pekerja Separuh mahir dan pekerja Berkemahiran rendah dengan masing-masing menerima RM2,993 dan RM2,230 sebulan.

Ketua Perangkawan turut menambah, sebanyak 2,652 pertubuhan (91.6%) Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) pada tahun 2023, menjana output kasar berjumlah RM21.2 bilion atau bersamaan 26.7 peratus daripada jumlah output kasar.

Selain itu, berdasarkan kepada 56 aktiviti teras OGSE yang dikenal pasti semasa pelaksanaan Banci OGSE ini, Aktiviti Perundingan Kejuruteraan merekodkan penglibatan tertinggi dengan sumbangan sebanyak 8.6 peratus. Ini diikuti oleh Perkhidmatan Tenaga Manusia (7.8%) dan Bekalan & Perkhidmatan Bahan Kimia (5.1%).

Mengakhiri kenyataannya, Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, "Bagi pemahaman dan kesedaran berkaitan Alam sekitar, Sosial dan Tadbir urus (ESG), komponen Alam semula jadi & Biodiversiti di bawah elemen Alam Sekitar, Pekerjaan (Elemen Sosial) dan Privasi & keselamatan data (Elemen Tadbir urus) merupakan elemen ESG yang mempunyai pemahaman dan kesedaran yang tertinggi."

Maklumat lanjut: https://www.dosm.gov.my/portal-main/release-content/census-of-oil--gas-services-and-equipment-ogse

Dikeluarkan oleh:
JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA
Department of Statistics Malaysia (DOSM)
20 Mac 2025

-DOSM Keningau

Perangkaan Perdagangan Luar Negeri, Februari 2025

Prestasi perdagangan Malaysia pada Februari 2025 mencerminkan peningkatan permintaan global dan kestabilan ekonomi domestik, seperti yang dilihat dalam kenaikan berterusan eksport dan import. Jumlah dagangan mencatat pertumbuhan berterusan 5.9 peratus kepada RM223.9 bilion, didorong oleh peningkatan eksport (+6.2%) kepada RM118.3 bilion dan import (+5.5%) kepada RM105.6 bilion.

PERDAGANGAN LUAR NEGERI MALAYSIA FEBRUARI 2025

Selain itu, imbangan dagangan mencatatkan prestasi yang lebih baik, meningkat 12.2 peratus kepada RM12.6 bilion pada Februari 2025 seperti yang dilaporkan hari ini dalam BULETIN PERANGKAAN PERDAGANGAN LUAR NEGERI MALAYSIA, FEBRUARI 2025. Buletin ini juga membentangkan prestasi produk untuk eksport dan import serta rakan dagangannya.

Ketua Perangkawan Malaysia, Dato' Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin menekankan bahawa pertumbuhan eksport Malaysia didorong oleh peningkatan dalam eksport domestik dan eksport semula pada Februari 2025. Eksport domestik, yang merangkumi 82.0 peratus daripada jumlah eksport, meningkat 5.9 peratus kepada RM97.0 bilion, manakala eksport semula yang menyumbang 18.0 peratus daripada jumlah eksport, berkembang 7.3 peratus kepada RM21.3 bilion berbanding Februari 2024.

Selain itu, import berjumlah RM105.6 bilion, meningkat 5.5 peratus atau RM5.5 bilion. Lebihan dagangan bertambah baik 12.2 peratus, mencecah RM12.6 bilion, menandakan lebihan bulan selama 58 bulan berturut turut sejak Mei 2020.

Walau bagaimanapun, perbandingan bulan ke bulan dengan Januari 2025 menunjukkan penurunan dalam eksport, import dan jumlah dagangan, masing-masing merosot 3.7 peratus, 11.3 peratus, dan 7.5 peratus, manakala imbangan dagangan mencatatkan peningkatan mendadak 244.8 peratus.

Melihat dari sudut kumpulan barangan, 134 daripada 256 kumpulan eksport dan 135 daripada 259 kumpulan import menunjukkan peningkatan berbanding bulan yang sama pada tahun sebelumnya.

Ketua Perangkawan Malaysia turut menggariskan bahawa eksport yang lebih tinggi disumbangkan terutamanya ke Amerika Syarikat (+RM3.9 bilion), diikuti oleh Singapura (+RM2.7 bilion), Hong Kong (+RM1.8 bilion), Kesatuan Eropah (+RM674.0 juta), Thailand (+RM600.4 juta), Indonesia (+RM362.2 juta) dan Mexico (+RM347.7 juta).

Selain itu, import yang lebih tinggi disumbangkan terutamanya dari China (+RM2.8 bilion), diikuti oleh Amerika Syarikat (+RM2.2 bilion), Taiwan (+RM1.8 bilion), Viet Nam (+RM625.5 juta), Thailand (+RM531.9 juta), Indonesia (+RM528.4 juta) dan Ecuador (+RM520.3 juta).

Mengulas lebih lanjut mengenai eksport, kenaikan ini sejajar dengan peningkatan dalam barangan elektrik & elektronik (+RM7.2 bilion); minyak kelapa sawit & keluaran pertanian berasaskan kelapa sawit (+RM1.5 bilion); barangan perkilangan lain (+RM846.8 juta); jentera, kelengkapan & peralatan (+RM642.5 juta); barangan optik & saintifik (+RM529.4 juta); serta makanan diproses (+RM487.9 juta).

Di samping itu, peningkatan import dicatatkan bagi barangan elektrik & elektronik (+RM6.8 bilion); keluaran pertanian yang lain (+RM1.9 bilion); kelengkapan pengangkutan (+RM1.8 bilion); petroleum mentah (+RM1.1 bilion); jentera, kelengkapan & peralatan (+RM855.6 juta); dan barangan perkilangan lain (+RM407.6 juta).

Selanjutnya, Ketua Perangkawan Malaysia juga memaklumkan pertambahan import mengikut Penggunaan Akhir adalah seiring dengan permintaan yang lebih tinggi bagi barangan modal, barangan penggunaan dan barangan perantaraan.

Import barangan modal (13.1% daripada jumlah import) meningkat 35.3 peratus atau RM3.6 bilion, mencatatkan nilai RM13.8 bilion. Import barangan penggunaan (8.6% daripada jumlah import) naik 7.4 peratus atau RM625.5 juta, mencapai RM9.0 bilion.

Import barangan perantaraan (55.6% daripada jumlah import) bernilai RM58.7 bilion, mencatatkan peningkatan 5.8 peratus atau RM3.2 bilion berbanding Februari 2024.

Jumlah dagangan, eksport, dan import bagi tempoh Januari hingga Februari 2025 mencatatkan peningkatan. Jumlah dagangan meningkat 4.4 peratus, daripada RM446.1 bilion kepada RM465.9 bilion, sejajar dengan kenaikan eksport (+3.1%) serta import (+5.9%). Sebaliknya, lebihan dagangan menurun 24.0 peratus kepada RM16.3 bilion.

Maklumat lanjut: https://www.dosm.gov.my/portal-main/release-content/monthly-external-trade-statistics-february-2025

Dikeluarkan oleh:
JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA
Department of Statistics Malaysia (DOSM)
20 Mac 2025

-DOSM Keningau

Laporan Khas Impak Banjir di Malaysia Tahun 2024

Laporan ini bertujuan untuk menilai jumlah kerugian dan kerosakan akibat banjir yang melanda Malaysia pada tahun 2024. Kerugian adalah meliputi nilai kerosakan tempat kediaman, kenderaan, premis perniagaan dan perindustrian. Bagi jumlah kerosakan industri pertanian dan aset awam & infrastruktur, data daripada agensi kerajaan yang berkaitan digunakan.

LAPORAN KHAS IMPAK BANJIR DI MALAYSIA 2024

Jumlah keseluruhan kerugian akibat banjir dianggarkan bernilai RM933.4 juta (2023: RM755.4 juta), bersamaan 0.05 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) nominal (2023: 0.04%).

Tempat Kediaman

Kerugian terbesar dicatatkan bagi tempat kediaman, melonjak kepada RM372.2 juta (2023: RM168.3 juta), diikuti aset awam dan infrastruktur sebanyak RM303.4 juta (2023: RM380.7 juta).

Sektor Pertanian

Kerugian dalam sektor Pertanian turut meningkat kepada RM185.2 juta (2023: RM120.6 juta), manakala premis perniagaan mencatatkan kerugian sebanyak RM54.1 juta (2023: RM53.2 juta).

Kenderaan

Sementara itu, kerosakan kenderaan berjumlah RM17.3 juta (2023: RM22.3 juta), manakala sektor Pembuatan mencatatkan kerugian paling kecil, iaitu RM1.2 juta (2023: RM10.3 juta).

Negeri Paling Terjejas

Dari segi tempat kediaman, Kelantan mencatatkan kerugian terbesar sebanyak RM139.0 juta, diikuti Terengganu dengan RM103.1 juta dan Kedah sebanyak RM54.0 juta.

Di Kelantan, daerah paling terjejas ialah Pasir Mas dengan kerugian berjumlah RM46.2 juta. Di Terengganu, Besut merekodkan kerugian tertinggi bagi tempat kediaman berjumlah RM38.4 juta, manakala bagi Kedah, Kota Setar mencatatkan kerugian tertinggi iaitu RM22.0 juta.

Kelantan mencatatkan kerugian premis perniagaan terbesar, berjumlah RM27.1 juta, diikuti Terengganu sebanyak RM16.4 juta dan Kedah sebanyak RM4.3 juta.

Di Kelantan, Pasir Mas mengalami impak kewangan paling ketara, dengan kerugian RM9.8 juta. Di Terengganu, Besut merekodkan kerugian tertinggi sebanyak RM6.4 juta. Sementara itu, di Kedah, Kota Setar merekodkan kerugian tertinggi sebanyak RM2.8 juta.

Kerugian Kenderaan

Terengganu mencatatkan kerugian kerosakan kenderaan tertinggi berjumlah RM5.8 juta, diikuti dengan Kelantan sebanyak RM4.0 juta dan Kedah sebanyak RM2.1 juta.

Di Terengganu, daerah yang paling terjejas ialah Besut sebanyak RM1.4 juta. Bagi Kelantan, Tumpat merekodkan kerugian kenderaan tertinggi berjumlah RM1.8 juta. Sementara itu, di Kedah, Kota Setar mengalami kerugian tertinggi sebanyak RM0.9 juta.

Bagi sektor pembuatan, Kelantan mencatatkan kerugian sebanyak RM1.1 juta, dengan Pasir Mas mengalami impak tertinggi berjumlah RM1.0 juta, manakala Pasir Puteh dan Tumpat merekodkan kerugian lebih rendah, masing-masing di bawah RM100,000.

Maklumat lanjut: https://www.dosm.gov.my/portal-main/release-content/special-report-on-impact-of-floods-in-malaysia-2024

Dikeluarkan oleh:
JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA
Department of Statistics Malaysia (DOSM)
19 Mac 2025

-DOSM Keningau

Perangkaan Getah Bulanan, Januari 2025

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) telah menerbitkan Perangkaan Getah Bulanan, Malaysia, Januari 2025. Penerbitan ini memaparkan statistik pengeluaran, import, eksport, penggunaan domestik, stok, harga, bilangan pekerja, gaji & upah dan produktiviti bagi estet getah.

PERANGKAAN GETAH JANUARI 2025

Pengeluaran getah asli menurun 20.8 peratus pada Januari 2025 (30,342 tan metrik) berbanding pada Disember 2024 (38,299 tan metrik). Perbandingan tahun ke tahun menunjukkan pengeluaran getah asli meningkat 0.2 peratus (Januari 2024: 30,287 tan metrik).

Pengeluaran getah asli Malaysia pada Januari 2025 disumbangkan terutamanya oleh sektor pekebun kecil (87.0%) berbanding sektor estet (13.0%).

Jumlah stok getah asli pada Januari 2025 meningkat 6.0 peratus kepada 177,936 tan metrik berbanding 167,801 tan metrik pada Disember 2024. Kilang pemproses getah menyumbang stok akhir sebanyak 87.5 peratus diikuti kilang pengguna getah (12.4%) dan estet getah (0.1%).

Eksport getah asli Malaysia berjumlah 44,337.6 tan metrik pada Januari 2025, menurun 0.001 peratus berbanding Disember 2024 (44,337.8 tan metrik). China terus kekal sebagai destinasi utama untuk eksport getah asli iaitu berjumlah 43.6 peratus daripada jumlah keseluruhan eksport pada Januari 2025 diikuti Jerman (11.1%), Emiriah Arab Bersatu (9.3%), Amerika Syarikat (7.6%) dan Portugal (3.0%).

Prestasi eksport disumbangkan oleh produk berasaskan getah asli seperti sarung tangan getah, tayar, tiub dan benang getah. Produk sarung tangan getah merupakan eksport utama dengan nilai sebanyak RM1.4 billion pada Januari 2025, menurun 8.1 peratus berbanding Disember 2024 (RM1.5 billion).

Analisis perbandingan harga purata bulanan menunjukkan Lateks Pekat merekodkan penurunan iaitu 3.0 peratus (Januari 2025: 678.42 sen sekilogram; Disember 2024: 699.35 sen sekilogram) manakala Sekerap menurun sebanyak 1.9 peratus (Januari 2025: 743.27 sen sekilogram; Disember 2024: 757.28 sen sekilogram).

Trend harga bagi semua jenis Getah Mutu Malaysia (G.M.M) pula menurun antara 1.6 peratus dan 3.0 peratus.

The World Bank Commodity Price Data melaporkan harga bagi getah jenis TSR 20 (Technically Specified Rubber) menurun 3.1 peratus (daripada USD1.99/kg kepada USD1.93/kg) dan SGP/MYS (Singapura/Malaysia) menurun 0.6 peratus (daripada USD2.38/kg kepada USD2.37/kg).

Menurut Malaysia Rubber Board Digest keluaran Januari 2025, Pasaran Getah Kuala Lumpur menunjukkan trend bercampur-campur seiring dengan pasaran niaga hadapan getah serantau berikutan prestasi ekonomi Amerika Syarikat dan China yang tidak menentu.

Pasaran berhadapan tekanan akibat pengukuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat dan kemerosotan harga minyak mentah.

Maklumat lanjut: https://www.dosm.gov.my/portal-main/release-content/monthly-rubber-statistics-january-2025

Dikeluarkan oleh:
JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA
Department of Statistics Malaysia (DOSM)
13 MAC 2025

Sekian, terima kasih.

-DOSM Keningau

Indeks Pengeluaran Perindustrian, Januari 2025

Indeks Pengeluaran Perindustrian Malaysia meningkat kepada 2.1 peratus, dipacu pertumbuhan output sektor Pembuatan. Peningkatan IPP terutamanya disumbangkan oleh pertumbuhan output dalam sektor Pembuatan yang meningkat pada kadar yang lebih perlahan 3.7 peratus (Disember 2024: 5.8%).

INDEKS PENGELUARAN PERINDUSTRIAN JANUARI 2025

Sebaliknya, pengeluaran sektor Perlombongan dan Elektrik masing-masing merekodkan penurunan iaitu 3.1 peratus (Disember 2024: 0.9%) dan 0.1 peratus (Disember 2024: 3.5%). Perbandingan dengan bulan sebelumnya, IPP masih menguncup pada kadar yang sama seperti bulan sebelumnya iaitu negatif 0.4 peratus.

Peningkatan dalam pengeluaran sektor Pembuatan pada Januari 2025 disokong oleh pengeluaran dari industri berorientasikan eksport, yang tumbuh perlahan kepada 5.6 peratus berbanding 6.8 peratus yang direkodkan pada Disember 2024.

Pertumbuhan ini disokong terutamanya oleh pertumbuhan dalam industri Pembuatan komputer, produk elektronik dan optikal yang mencatatkan peningkatan 7.9 peratus; diikuti oleh Pembuatan minyak dan lemak daripada sayuran dan haiwan (8.9%).

Tambahan lagi, Pembuatan kok dan produk petroleum bertapis turut menyumbang pada kadar pada 3.4 peratus. Dari segi perbandingan bulan ke bulan, industri berorientasikan eksport masih berada dalam jajaran negatif dengan penurunan pada kadar 0.9 peratus berbanding penurunan 2.4 peratus pada Disember 2024.

Industri berorientasikan domestik meningkat dengan kadar 0.2 peratus pada Januari 2025 berbanding 3.7 peratus yang direkodkan pada bulan sebelumnya. Peningkatan ini disumbangkan oleh industri Pembuatan produk prosesan makanan (7.0%); dan Pembuatan produk logam yang direka, kecuali mesin dan kelengkapan (4.8%).

Perbandingan bulan ke bulan, industri berorientasikan domestik meningkat 1.3 peratus selepas merekodkan pertumbuhan 0.4 peratus pada Disember 2024.

Penguncupan 3.1 peratus dalam sektor Perlombongan pada Januari 2025 adalah didorong oleh penurunan dua digit 10.0 peratus dalam output Petroleum Mentah & Kondensat (Disember 2024: -6.5%) manakala pengeluaran Gas Asli mengekalkan pertumbuhan stabil 1.4 peratus (Disember 2024: 5.9%).

Berbanding Disember 2024, indeks Perlombongan merosot kepada negatif 0.5 peratus berbanding 4.0 peratus yang dicatatkan pada bulan sebelumnya.

Sementara itu, indeks Elektrik merosot pada kadar 0.1 peratus pada Januari 2025 berbanding peningkatan 3.5 peratus pada bulan lalu. Secara perbandingan bulan ke bulan, indeks Elektrik menurun 1.9 peratus selepas mencatatkan pertumbuhan 1.0 peratus pada Disember 2024.

Di peringkat global, IPP bagi beberapa negara lain menunjukkan trend peningkatan pada Januari 2025, termasuk Jepun (2.6%), Thailand (-0.9%), Singapura (9.1%) dan Amerika Syarikat (2.0%).

Tambahan lagi, Vietnam dan Taiwan menunjukkan peningkatan sedehana iaitu 7.2 peratus dan 5.3 peratus manakala Korea Selatan mengalami penguncupan pada Januari 2025 iaitu 4.1 peratus.

Maklumat lanjut: https://www.dosm.gov.my/portal-main/release-content/index-of-industrial-production-january-2025

Dikeluarkan oleh:
JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA
Department of Statistics Malaysia (DOSM)
12 MAC 2025

Sekian, terima kasih.

#StatsMalaysia
#DOSM_Sabah
#DOSM_Keningau
#StatistikNadiKehidupan
#StatistikSegalanyaPasti
#FitDOSM

-DOSM Keningau

Perangkaan Pembuatan Bulanan, Januari 2025

Nilai jualan sektor Pembuatan pada Januari 2025 meningkat 3.5 peratus (Disember 2024: 5.7%), berjumlah RM158.1 bilion. Peningkatan nilai jualan sektor Pembuatan disokong terutamanya oleh subsektor Makanan, minuman & tembakau yang merekodkan pertumbuhan kukuh 10.6 peratus pada Januari 2025 (Disember 2024: 14.6%).

PEMBUATAN JANUARI 2025

Ini diikuti dengan subsektor Peralatan elektrik & elektronik dan Produk mineral bukan logam, logam asas & produk logam, masing-masing pada 7.3 peratus (Disember 2024: 8.7%) dan 2.1 peratus (Disember 2024: 3.2%).

Perbandingan dengan bulan sebelumnya, nilai jualan menguncup sedikit sebanyak 0.2 peratus kepada RM158.1 bilion berbanding RM158.4 bilion yang direkodkan pada Disember 2024.

Nilai jualan industri berorientasikan eksport yang mewakili 70.2 peratus daripada jumlah jualan, berkembang 5.1 peratus pada Januari 2025 (Disember 2024: 7.1%). Pengembangan tersebut berkait rapat dengan peningkatan dalam Pembuatan minyak & lemak daripada sayuran & haiwan sebanyak 11.1 peratus (Disember 2024: 17.0%).

Selain itu, Pembuatan komputer, produk elektronik & optikal turut meningkat sebanyak 7.7 peratus (Disember 2024: 9.4%), sementara Pembuatan produk getah bertumbuh 8.9 peratus (Disember 2024: 10.7%).

Industri berorientasikan domestik meningkat sedikit sebanyak 0.1 peratus pada Januari 2025 setelah mencatatkan kenaikan 2.5 peratus pada Disember 2024. Prestasi ini disebabkan oleh penyusutan tahun ke tahun dalam Pembuatan kenderaan bermotor, treler dan semi treler (-17.6%).

Walau bagaimana pun, ini diimbangi dengan Pembuatan produk pemprosesan makanan yang mengekalkan pertumbuhan dua angka pada 10.4 peratus (Disember 2024: 11.2%); Pembuatan produk logam kecuali mesin & kelengkapan (3.1%); dan Pembuatan minuman (9.1%). Perbandingan bulan ke bulan, kedua-dua industri berorientasikan eksport dan domestik jatuh 0.2 peratus.

Seramai 2.39 juta orang pekerja dalam sektor ini pada Januari 2025, bertambah 0.9 peratus (Disember 2024: 1.0%). Pertambahan ini didorong terutamanya oleh subsektor Makanan, minuman & tembakau (2.0%); Produk mineral bukan logam, logam asas & produk logam yang direka (1.6%); dan Peralatan elektrik & elektronik (0.6%). Perbandingan bulan ke bulan, bilangan pekerja dalam sektor ini berkurang 0.2 peratus.

Gaji & upah yang dibayar dalam sektor Pembuatan juga mencatatkan peningkatan 1.5 peratus (Disember 2024: 1.7%), berjumlah RM8.5 bilion pada Januari 2025. Perbandingan bulan ke bulan, gaji & upah yang dibayar susut 4.6 peratus.

Seterusnya, nilai jualan bagi setiap pekerja meningkat kepada RM66,011 (2.6%), manakala purata gaji & upah bagi setiap pekerja adalah RM3,540, meningkat 0.6 peratus tahun ke tahun.

Maklumat lanjut: https://www.dosm.gov.my/portal-main/release-content/monthly-manufacturing-statistics-malaysia-january-2025

Dikeluarkan oleh:
JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA
Department of Statistics Malaysia (DOSM)
12 MAC 2025

Sekian, terima kasih.

#StatsMalaysia
#DOSM_Sabah
#DOSM_Keningau
#StatistikNadiKehidupan
#StatistikSegalanyaPasti

-DOSM Keningau

Prestasi Perdagangan Borong & Runcit, Januari 2025

Perdagangan borong & runcit memulakan tahun 2025 dengan jumlah jualan sebanyak RM148.9 bilion pada Januari, merekodkan pertumbuhan 4.6 peratus tahun ke tahun. Peningkatan jualan bagi Januari didorong terutamanya oleh subsektor Perdagangan runcit dan Perdagangan borong.

Prestasi Perdagangan Borong & Runcit, Januari 2025

Perdagangan runcit mencatatkan jumlah jualan sebanyak RM66.1 bilion, meningkat RM5.0 bilion dengan pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 8.2 peratus. Perdagangan borong pula mencatatkan jumlah jualan RM66.8 bilion, meningkat RM3.1 bilion, dengan pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 4.9 peratus.

Walau bagaimanapun, subsektor Kenderaan bermotor mencatatkan jualan berjumlah RM16.0 bilion, menurun RM1.6 bilion atau -9.1 peratus tahun ke tahun berikutan prestasi luar biasa pada Disember 2024.

Perdagangan borong terus menunjukkan daya tahan pada Januari 2025, didorong oleh permintaan yang kukuh terhadap barangan keperluan pengguna. Jualan borong barangan isi rumah meningkat 5.3 peratus kepada RM13.9 bilion, terutamanya disokong oleh peningkatan jualan pakaian dan produk berkaitan farmasi.

Jualan borong makanan, minuman & tembakau turut mencatatkan peningkatan, iaitu 5.0 peratus kepada RM13.9 bilion, didorong oleh peningkatan penggunaan sempena musim perayaan. Pertumbuhan ini juga disokong oleh Lain-lain pengkhususan jualan borong yang meningkat 2.6 peratus.

Subsektor Perdagangan runcit ini disokong oleh Jualan runcit di kedai bukan pengkhususan yang meningkat 9.7 peratus kepada RM25.5 bilion dan juga Jualan runcit di kedai pengkhususan yang berkembang 8.3 peratus kepada RM14.0 bilion pada Januari 2025.

Lonjakan dalam aktiviti jualan runcit ini sebahagian besarnya didorong oleh sambutan perayaan Tahun Baru Cina dan musim cuti sekolah.

Pada Januari juga, Malaysia menjadi tuan rumah bagi sambutan Tahun Baru Cina yang pertama kali diadakan di luar China, sekaligus meningkatkan ketibaan pelancong dari negara tersebut dan memberi impak positif kepada aktiviti peruncitan.

Selain itu, Jualan runcit bahan api kenderaan mencatat pertumbuhan 7.8 peratus kepada RM6.0 bilion, mencerminkan peningkatan aktiviti perjalanan.

Sementara itu, Jualan runcit barangan isi rumah meningkat 4.7 peratus kepada RM7.5 bilion, didorong oleh permintaan lebih tinggi terhadap produk peralatan rumah bersempena musim perayaan.

Pada tempoh yang sama, Jualan runcit barangan kesenian & rekreasi meningkat 9.4 peratus kepada RM2.9 bilion, disokong oleh pembelian kelengkapan persekolahan menjelang sesi baharu pada Februari.

Walau bagaimanapun, dalam tempoh yang sama, subsektor Kenderaan bermotor mencatatkan penurunan dalam jualan berbanding Januari tahun lalu.

Trend yang sama turut dilaporkan oleh Persatuan Automotif Malaysia (MAA), yang merekodkan jualan sebanyak 48,732 kenderaan berbanding 66,923 kenderaan pada tahun lepas.

Manakala, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mencatatkan 53,930 pendaftaran kenderaan, lebih rendah berbanding 70,186 pendaftaran pada tahun lalu. Penurunan pembelian pada bulan ini sebahagiannya disebabkan oleh pembelian awal pada Disember yang lalu.

Kumpulan lain yang menyumbang kepada penurunan subsektor ini termasuk Jualan, penyelenggaraan & pembaikan motosikal yang mencatatkan pertumbuhan negatif iaitu -1.2 peratus kepada RM1.1 bilion.

Namun, dua kumpulan lagi iaitu Jualan komponen & aksesori kenderaan bermotor dan Penyelenggaraan & pembaikan kenderaan bermotor merekodkan pertumbuhan positif masing-masing 8.0 peratus dan 5.1 peratus.

Jualan runcit melalui internet pada Januari menunjukkan peningkatan yang ketara, dengan indeks jualan runcit meningkat 9.9 peratus tahun ke tahun, disumbangkan oleh pelbagai promosi sempena perayaan dan juga persediaan persekolahan.

Selepas pelarasan musim, indeks mencatatkan peningkatan 7.0 peratus bulan ke bulan.

Dari segi indeks volum, Perdagangan borong & runcit mencatatkan peningkatan 3.8 peratus tahun ke tahun. Pertumbuhan ini didorong terutamanya oleh subsektor Perdagangan runcit, yang meningkat 6.6 peratus, diikuti oleh Perdagangan borong yang mencatatkan peningkatan 4.5 peratus.

Sebaliknya, Kenderaan bermotor mencatatkan penurunan -11.1 peratus pada bulan ini. Selepas pelarasan musim, indeks volum mencatatkan peningkatan bulanan 0.4 peratus berbanding Disember 2024.

Sektor Perdagangan borong & runcit Malaysia mencatatkan pertumbuhan yang lebih rendah pada Januari 2025, disebabkan kemerosotan dalam segmen Kenderaan bermotor, sementara subsektor Perdagangan runcit dan Perdagangan borong terus menunjukkan prestasi positif.

Sektor ini dijangka mengekalkan momentum pertumbuhannya, disokong oleh penggunaan domestik yang stabil dan aktiviti pelancongan yang berterusan.

Maklumat lanjut: https://www.dosm.gov.my/portal-main/release-content/performance-of-wholesale--retail-trade-january-2025

Dikeluarkan oleh:
JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA
Department of Statistics Malaysia (DOSM)
12 MAC 2025

Sekian, terima kasih.

#StatsMalaysia
#DOSM_Sabah
#DOSM_Keningau
#StatistikNadiKehidupan
#StatistikSegalanyaPasti

-DOSM Keningau

Statistik Tenaga Buruh, Januari 2025

Pada bulan Januari 2025, bilangan penduduk bekerja terus bertambah dengan kenaikan sebanyak 0.3 peratus (+54.5 ribu orang), mencapai 16.68 juta orang (Disember[r] 2024: 16.63 juta). Nisbah guna tenaga kepada penduduk, yang menunjukkan keupayaan ekonomi untuk mewujudkan pekerjaan, naik sebanyak 0.1 mata peratus kepada 68.5 peratus (Disember[r] 2024: 68.4%).

TENAGA BURUH MALAYSIA JANUARI 2025

Mengikut sektor ekonomi, guna tenaga dalam sektor Perkhidmatan menunjukkan pertumbuhan yang stabil, terutamanya dalam aktiviti Penginapan dan perkhidmatan makanan & minuman; Perdagangan borong & runcit, dan Aktiviti kesihatan kemanusiaan dan kerja sosial.

Begitu juga, sektor Pembuatan, Pembinaan, Pertanian dan Perlombongan & pengkuarian turut menunjukkan pertumbuhan guna tenaga yang positif pada bulan Januari 2025.

Pada Januari 2025, 75.3 peratus daripada penduduk bekerja berada dalam kategori pekerja, mencatatkan peningkatan sebanyak 0.3 peratus (+32.0 ribu orang) kepada 12.56 juta orang (Disember[r] 2024: 12.53 juta orang).

Begitu juga, bilangan penduduk bekerja sendiri naik sebanyak 0.7 peratus (+21.6 ribu orang), berjumlah 3.11 juta orang (Disember[r] 2024: 3.09 juta orang).

Bilangan penganggur terus berkurang pada bulan Januari 2025, dengan penurunan sebanyak 4.7 ribu orang (-0.9%) kepada 533.8 ribu orang (Disember[r] 2024: 538.5 ribu orang). Kadar pengangguran pada bulan tersebut kekal pada 3.1 peratus seperti yang direkodkan pada bulan sebelumnya.

Pada Januari 2025, bilangan tenaga buruh terus bertambah dengan peningkatan sebanyak 0.3 peratus (+49.8 ribu orang) merekodkan 17.22 juta orang (Disember[r] 2024: 17.17 juta orang). Kadar penyertaan tenaga buruh (KPTB) bulan Januari tidak berubah iaitu pada 70.6 peratus seperti bulan sebelumnya.

Bilangan penduduk di luar tenaga buruh pada Januari 2025 menurun sedikit iaitu sebanyak 0.03 peratus (-2.0 ribu orang) kepada 7.15 juta orang (Disember[r] 2024: 7.16 juta orang).

Komposisi utama luar tenaga buruh adalah kerja rumah/ tanggungjawab keluarga, merangkumi 43.6 peratus, diikuti oleh kategori bersekolah/ latihan pada 41.8 peratus.

Nota: [r] - Semakan semula berdasarkan anggaran penduduk semasa daripada Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia, 2020.

Maklumat lanjut: https://www.dosm.gov.my/portal-main/release-content/labour-force-statistics-january-2025

Dikeluarkan oleh:
JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA
Department of Statistics Malaysia (DOSM)
11 MAC 2025

Sekian, terima kasih.

#StatsMalaysia
#DOSM_Sabah
#DOSM_Keningau
#StatistikNadiKehidupan
#StatistikSegalanyaPasti

-DOSM Keningau

Indeks Kos Bahan Binaan Februari 2025

Indeks harga seunit besi merekodkan penurunan antara negatif 0.5 peratus hingga negatif 1.6 peratus bagi kebanyakan Kawasan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak pada Februari 2025 berbanding bulan lepas. Penurunan tertinggi bagi indeks harga bahan ini direkodkan di Kawasan Tawau (-1.6%), diikuti dengan Perak (-1.4%) dan Pulau Pinang, Kedah & Perlis (-1.2%).

INDEKS KOS BAHAN BINAAN FEBRUARI 2025

Selain itu, indeks harga seunit keratan keluli & logam juga mencatatkan penurunan kecil iaitu antara negatif 0.1 peratus hingga negatif 2.7 peratus bagi hampir semua kawasan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak pada Februari 2025 berbanding bulan lepas. Penurunan tertinggi bagi indeks harga seunit besi direkodkan di Miri (-2.7%), diikuti dengan Perak (-2.3%) dan Terengganu & Kelantan (-0.4%).

Tambahan itu, indeks harga seunit simen merekodkan peningkatan kecil iaitu antara 0.1 peratus hingga 2.6 peratus pada Februari 2025 berbanding bulan lepas. Peningkatan tertinggi direkodkan di Tawau (2.6%), diikuti dengan Sandakan (1.8%) dan Sibu (1.1%).

Perbandingan tahunan untuk tempoh Februari 2024 dan Februari 2025 menunjukkan bahawa indeks harga seunit simen merekodkan peningkatan antara 0.2 peratus hingga 4.0 peratus bagi kebanyakan kawasan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Peningkatan tertinggi bagi indeks ini dicatatkan di Selangor, W.P. Kuala Lumpur, Melaka & Negeri Sembilan dan Sandakan (masing-masing 4.0%), diikuti dengan Pahang (3.3%) dan Tawau (2.6%).

Namun begitu, perbandingan tahunan indeks harga seunit besi pula mencatatkan penurunan antara negatif 3.0 peratus hingga negatif 15.3 peratus pada Februari 2025 berbanding bulan yang sama tahun lalu bagi kebanyakan kawasan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Penurunan tertinggi bagi indeks harga seunit besi direkodkan di Perak (-15.3%).

Purata Harga Seunit Bahan Binaan Terpilih

Purata harga simen Ordinary Portland pada Februari 2025 merekodkan peningkatan sebanyak 1.1 peratus, dengan purata harga RM23.60 per 50 kg sekarung berbanding Januari 2025 (RM23.34 per 50 kg sekarung).

Purata harga seunit besi yang terdiri daripada bar bulat keluli lembut dan Mycon 60 high tensile deformed bars mencatatkan penurunan (-0.5%) dengan purata harga RM3,545.15 bagi setiap tan metrik berbanding bulan sebelumnya (Januari 2025: RM3,563.76 per tan metrik).

Maklumat lanjut: https://www.dosm.gov.my/portal-main/release-content/special-release----for-building-and-structural-works-february-2025

Dikeluarkan oleh:
JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA
Department of Statistics Malaysia (DOSM)
11 MAC 2025

Sekian, terima kasih.

#StatsMalaysia
#DOSM_Sabah
#DOSM_Keningau
#StatistikNadiKehidupan
#StatistikSegalanyaPasti

-DOSM Keningau

Pengambilan Pelajar Baharu Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah (IPDAS) Tahun 2025

Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah (IPDAS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mempelawa pelajar-pelajar yang berminat untuk memohon kemasukan ke IPDAS bagi pengambilan 2025.

IPDAS 2025

Pengambilan Pelajar Baharu DIPLOMA DAKWAH ISLAMIYYAH (DDI) Kampus Keningau dan SIJIL ASAS PENGAJIAN ISLAM MALAYSIA (SAPIM) Kampus Kudat.

PROGRAM YANG DITAWARKAN
  • DIPLOMA DAKWAH ISLAMIAH (MQA/FA7518)
  • DIPLOMA DAKWAH KONTEMPORARI (MQA/PA17129)
  • SIJIL ASAS PENGAJIAN ISLAM MALAYSIA

KENAPA MEMILIH IPDAS?
  • Satu-satunya Institut yang menawarkan bidang Pengajian Dakwah di Sabah.
  • Diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
  • Bayaran pendaftaran yang rendah.
  • Makan dan minum ditanggung sepanjang tempoh pengajian.
  • Penginapan percuma sepanjang tempoh pengajian.
  • Keutamaan diberikan kepada saudara baru dan Muslim pedalaman.
  • Mempunyai minat belajar, bersedia dibimbing, mematuhi peraturan dan arahan.
  • Telah menamatkan sekurang-kurangnya Menengah Rendah Kebangsaan atau yang setaraf.
  • Boleh membaca, menulis dan berkomunikasi dengan baik.
  • Sihat fizikal dan mental (Tidak menghidap sebarang penyakit kronik).
  • Tidak menunggu mana-mana keputusan peperiksaan atau kerja.
  • Lulus ujian temuduga.

Jika anda BERMINAT untuk menyambung pengajian di IPDAS Kampus Kudat boleh mengisi borang permohanan secara online:-

Borang Permohonan Kemasukan ke IPDAS, MOHON SEKARANG: https://linktr.ee/IPDAS

(Permohonan online: 23 Januari 2025 - 18 April 2025)

Sebarang Pertanyaan boleh menghubungi Seksyen Kemasukan, Rekod dan Alumni (SKRA) IPDAS di talian: 011-5165 7895.

Atau layari Facebook Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS) di https://www.facebook.com/ipdas.sabah

Terima kasih.

-DOSM Keningau

Statistik Perlombongan Petroleum dan Gas Asli, Suku Keempat 2024

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melaporkan mengenai keluaran Statistik Perlombongan Petroleum dan Gas Asli, Suku Keempat 2024. Pengeluaran Gas asli meningkat 3.0 peratus kepada 2,948.8 bilion kaki padu pada tahun 2024.

PERLOMBONGAN PETROLEUM DAN GAS ASLI SUKU KEEMPAT 2024

Pengeluaran Gas asli pulih sebanyak 2.4 peratus tahun ke tahun pada suku keempat 2024 (ST3 2024: -2.7%) dengan pengeluaran sebanyak 792.8 bilion kaki padu.

Sementara itu, Minyak mentah dan kondensat merekodkan pengeluaran sebanyak 45.7 juta tong, menunjukkan pertumbuhan namun masih berada dalam jajaran negatif dengan penurunan sebanyak 7.0 peratus berbanding penurunan 8.9 peratus pada suku sebelumnya.

Prestasi ini disokong oleh penurunan Minyak mentah yang lebih kecil kepada 9.6 peratus (ST3 2024: -14.2%), dengan jumlah pengeluaran sebanyak 31.3 juta tong.

Walau bagaimanapun, pengeluaran Kondensat menyusut 0.8 peratus berbanding 4.6 peratus pada suku ketiga 2024.

Minyak mentah menyumbang 68.5 peratus daripada jumlah pengeluaran Minyak mentah dan kondensat, manakala Kondensat menyumbang 31.5 peratus atau bersamaan dengan 14.4 juta tong.

Secara suku tahunan, pengeluaran Minyak Mentah dan kondensat meningkat sebanyak 9.3 peratus (ST3 2024: -9.3%), dipacu oleh Kondensat pada 7.5 peratus (ST3 2024: 3.2%) dan Gas asli sebanyak 20.2 peratus (ST3 2024: -5.4%).

Purata Harga “Lifting” Berpemberat (WALP) bagi Minyak mentah dan kondensat di Malaysia turun kepada USD76.3 per tong pada suku keempat 2024 (ST3 2024: USD82.0 per tong).

Pengurangan harga ini, selaras dengan aliran penurunan global harga WTI dan Brent, yang masing-masing jatuh kepada USD70.7 per tong (ST3 2024: USD76.2 per tong) dan USD74.6 per tong (ST3 2024: USD79.8 per tong).

EKSPORT

Nilai eksport Petroleum mentah dan kondensat meningkat kepada RM6.0 bilion pada suku keempat 2024 (ST3 2024: RM5.9 bilion).

Thailand mengukuhkan kedudukan sebagai destinasi utama eksport Petroleum mentah dan kondensat pada 2024 dengan nilai RM2.0 bilion (32.7%), diikuti oleh Australia (21.8%) dan India (9.9%).

Sementara itu, nilai eksport Keluaran petroleum bertapis menurun kepada RM26.5 bilion (ST3 2024: RM27.9 bilion) dengan RM5.9 bilion atau 22.3 peratus dieksport ke Singapura, Indonesia (22.0%) dan Australia (19.8%).

Nilai eksport Gas asli cecair (LNG) mencecah RM16.7 bilion pada suku ini (ST3 2024: RM12.7 bilion) dengan RM6.6 bilion (39.8%) dieksport ke Jepun, diikuti Republik Korea (30.2%) dan China (21.3%).

IMPORT

Nilai import Petroleum mentah dan kondensat meningkat kepada RM15.1 bilion (ST3 2024: RM14.2 bilion) iaitu 41.1 peratus atau RM6.2 bilion diimport dari Arab Saudi, diikuti oleh Emiriah Arab Bersatu (19.1%) dan Angola (9.5%).

Di samping itu, nilai import Keluaran petroleum bertapis menurun sebanyak RM25.4 bilion (ST3 2024: RM28.7 bilion).

Nilai import tertinggi RM9.1 bilion atau 35.7 peratus adalah dari Singapura, diikuti India (11.9%) dan Arab Saudi (9.2%).

Nilai import LNG berjumlah RM2.2 bilion pada suku keempat 2024 (ST3 2024: RM2.8 bilion). Majoriti 83.9 peratus atau RM1.9 bilion, diimport dari Australia, diikuti Amerika Syarikat (8.4%) dan Mozambique (7.7%).

Pada tahun 2024, Gas asli meningkat sebanyak 3.0 peratus mencapai pengeluaran sebanyak 2,948.8 bilion kaki padu (2023: 0.6%; 2,862.0 bilion kaki padu).

Walau bagaimanapun, pengeluaran Minyak mentah dan kondensat menyusut sebanyak 3.8 peratus kepada 181.6 juta tong (2023: -1.9%; 188.8 juta tong) disebabkan oleh penurunan 7.3 peratus dalam pengeluaran Minyak mentah (2023: -6.3%).

Sebaliknya, pengeluaran Kondensat meningkat sebanyak 5.3 peratus berbanding 11.3 peratus pada tahun sebelumnya.

Dari segi sumbangan, Minyak mentah menyumbang 69.4 peratus atau 126.0 juta tong, manakala Kondensat menyumbang 30.6 peratus atau dengan nilai pengeluaran 55.6 juta tong.

Maklumat lanjut: https://www.dosm.gov.my/portal-main/release-content/mining-of-petroleum-and-natural-gas-statistics-fourth-quarter-

Dikeluarkan oleh:
JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA
Department of Statistics Malaysia (DOSM)
4 MAC 2025

-DOSM Keningau

Banci Pertanian 2024 Pada Peringkat Pemuktamadan Dapatan Awalan Banci

Hasil analisis data Banci Pertanian 2024 akan digunakan untuk penerbitan statistik pertanian secara berkala serta merangka, memantau dan menilai program bagi meningkatkan keterjaminan makanan negara.

Banci Pertanian 2024

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata ini termasuk pengemaskinian indikator pertanian dalam Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Pertanian, serta pembangunan Indeks Harga Input Pertanian dan Indikator Keterjaminan Makanan Negara, lapor Harian Metro Online.

"Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) yakin pengumpulan dan analisis data terkini serta komprehensif memainkan peranan penting dalam perancangan dan pelaksanaan inisiatif lebih tersusun dan efektif.

"Penggunaan data yang tepat dan relevan membolehkan sumber terhad diagihkan secara cekap dan berkesan sekali gus meningkatkan tahap keterjaminan makanan negara," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan Hassan Saad (PN-Baling) mengenai status terkini analisis data Banci Pertanian 2024 dan bagaimana hasil bancian akan digunakan untuk meningkatkan keterjaminan makanan negara.

Banci Pertanian 2024 dilancarkan pada 4 Julai tahun 2024 lalu, bagi membangunkan Pangkalan Data Statistik Pertanian Bersepadu (MySAgR) dan boleh diintegrasikan dengan data pentadbiran daripada kementerian serta agensi berkaitan, bagi menghasilkan pangkalan data lebih komprehensif dan bersepadu.

YB Arthur berkata, status terkini analisis data Banci Pertanian 2024 adalah pada peringkat pemuktamadan dapatan awalan banci.

Pada masa yang sama, beliau berkata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dengan kerjasama KPKM, Kementerian Perladangan dan Komoditi, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam dan agensi negeri serta daerah sedang giat melaksanakan analisis data bagi tujuan pengesahan dan pengabsahan data.

-DOSM Keningau