Tarikh Bayaran Gaji Kakitangan Awam 2025

Berikut adalah jadual tarikh pembayaran gaji bulanan atau emolumen sektor awam bagi tahun 2025 untuk rujukan serta semakan Penjawat Awam atau Kakitangan Awam Kerajaan semua Kementerian / Jabatan Persekutuan seluruh negeri di Malaysia.

Tarikh Gaji 2025

Jadual bagi tahun 2025 yang disertakan ini adalah rasmi berdasarkan rujukan kami terhadap surat pekeliling tarikh dan peraturan pembayaran gaji terkini yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).

Gaji yang dinyatakan di bawah termasuklah setiap bulan tarikh yang telah ditetap berdasarkan arahan perbendaharaan.

TARIKH GAJI 2025
  1. Januari: 22 /1/2025 (Rabu)
  2. Februari: 25/2/2025 (Selasa)
  3. Mac: 24/3/2025 (Isnin)
  4. April: 24/4/2025 (Khamis)
  5. Mei: 22/5/2025 (Khamis)
  6. Jun: 25/6/2025 (Rabu)
  7. Julai: 24/7/2025 (Khamis)
  8. Ogos: 25/8/2025 (Isnin)
  9. September: 25/9/2025 (Khamis)
  10. Oktober: 16/10/2025 (Khamis)
  11. November: 20/11/2025 (Khamis)
  12. Disember: 18/12/2025 (Khamis)

Umum sedia maklum bahawa jadual bayaran gaji bulanan yang dikeluarkan setiap tahun telah memudahkan Penjawat Awam atau Kakitangan Awam (pekerja sektor awam) merancang serta menguruskan perbelanjaan isi rumah mahupun kewangan peribadi dengan lebih teratur dan berhemah.

#StatsMalaysia
#DOSM_Sabah
#DOSM_Keningau
#StatistikNadiKehidupan
#StatistikSegalanyaPasti

-DOSM Keningau

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »