Ramai menganggap rancangan tarif Donald Trump sebagai tindakan populis keterlaluan yang bakal mencetuskan perang dagangan global. Tapi jika kita lihat secara objektif, sebenarnya ianya ada satu bentuk strategi ekonomi MAGA yang sangat radikal, berani tetapi sangat selfish sebab hanya pentingkan negara AS sendiri di sebalik idea tersebut.
Pertama, tarif ini sebenarnya boleh dilihat sebagai satu cukai penggunaan seperti GST atau SST yang disasarkan kepada barangan import.
Berbeza dengan cukai jualan bawah SST yang dikenakan pada kadar berbeza bagi produk-produk berbeza tanpa kira asal, tarif Donald Trump hanya dikenakan pada barang import dan dikenakan pada kadar berbeza mengikut negara asal.
Siapa yang paling banyak beli barang import?
Golongan berpendapatan tinggi. Mereka beli lebih banyak barangan mewah, jenama luar negara dan tiada masalah bayar lebih.
Jadi merekalah yang akan paling terkesan dan paling bayar membayar dengan tarif ini.
Kesannya? Wang yang dikutip melalui tarif ini - jika benar ianya akan diagihkan semula sebagai bantuan tunai (seperti STR) bulanan kepada Rakyat seperti dijanji Donald Trump – akan menyebabkan kekayaan negara AS mengalir dari golongan kaya kepada golongan berpendapatan rendah.
Kedua, Ia bukan sekadar nak kutip cukai. Ia senjata rundingan. Negara yang mahu kekal eksport ke Amerika dengan kadar tarif lebih rendah, terpaksa berunding.
Dan dalam rundingan itu, mereka kena: Turunkan tarif mereka terhadap barangan Amerika, hapus halangan bukan tarif atau buat pelaburan besar-besaran di Amerika atau beli barang sangat mahal secara besar-besaran dari Amerika seperti Malaysia beli sampai 60 buah pesawat Boeing.
Ini akan memberi leverage ekonomi dan diplomatik besar kepada Amerika.
Ketiga, Ya, kesakitan jangka pendek akan berlaku kerana harga barang naik tinggi - menyusahkan warga AS, rantaian bekalan global terganggu sehingga beberapa negara asing mungkin mengalami kemelesetan ekonom (Donald Trump tak kisah pun ekonomi negara-negara lain jatuh dan warga negara lain terbeban), pasaran kewangan tempatan dan domestik mungkin panik.
Tapi jika pulangan tarif ini diagihkan semula kepada warga AS secara bulanan dan pelaburan tempatan di AS dipacu semula, mereka boleh membina semula kapasiti pengeluarannya dan jadi lebih berdikari dari segi ekonomi tanpa terlalu bergantung kepada import dan mengentikan aliran tunai ke negara luar.
Cara nak pastikan strategi Trump ini gagal? Satu saja - semua negara di dunia perlu bersatu, tolak untuk runding dengan Trump, kenakan tarif balas dan abaikan pasaran Amerika.
Tapi realitinya ialah ianya tidak akab berlaku sebab: EU tak akan berpakat dengan China, ASEAN berpecah, banyak negara membangun terlalu bergantung pada pasaran Amerika dan syarikat MNC seluruh dunia tetap mahu akses ke 300 juta pengguna AS yang berpendapatan tinggi.
Akhirnya, bila satu demi satu negara tunduk untuk buat rundingan berasingan, Amerika dan Donald Trump tetap akan menang permainan ini.
Kita boleh tak suka Donald Trump, tapi tak boleh nafikan bahawa pelan tarif beliau bukan gimik semata sebab memang dia telah laksanakan walaupun ramai kata dia gila.
Donald Trump Gila? Mungkin.
Donald Trump dan AS buli negara-negara lain? Memang betul sebab saiz ekonomi AS sangat besar tapi Donald Trump mungkin lagi seronok jika ramai gelar dia sebagai pembuli.
Lagipun, Donald Trump tak paksa pun negara-negara lain eksport kepada AS untuk dikenakan tarif.
Namun dari sudut pandangan Donald Trump, ia satu bentuk reformasi ekonomi agresif yang mampu mengubah semula ekonomi AS dan landskap perdagangan global.
Kesan Buruk Kepada Nilai Eksport
Berdasarkan data Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MATRADE) dan Jabatan Statistik Malaysia (DOSM), nilai eksport Malaysia ke AS pada 2024 melonjak kepada rekod tertinggi baharu, mencatatkan pertumbuhan dua digit 23.2 peratus kepada RM198.65 bilion hasil eksport yang kukuh bagi barangan Elektronik dan Elektrik (E & E) seperti semikonduktor, peranti elektronik, komponen elektrik, dan peralatan telekomunikasi.
Produk-produk yang mungkin terjejas termasuk barangan E & E, barangan kelapa sawit seperti minyak sawit mentah (CPO) dan produk-produk dari hasil kelapa sawit, barangan tekstil seperti pakaian dan kain, barangan perkayuan seperti perabot kayu dan produk kayu lain, jentera, kelengkapan serta barangan pertanian seperti getah asli dan hasil laut.
Permintaan Eksport Menurun
Kesan kepada produk Malaysia yang dieksport ke AS ialah peningkatan kos produk di pasaran AS. Dengan dikenakan tarif sebanyak 24 peratus, harga produk Malaysia yang dieksport ke AS akan meningkat secara signifikan.
Ini menjadikan produk Malaysia kurang kompetitif di pasaran AS berbanding produk dari negara lain yang tidak dikenakan tarif yang sama.
Peningkatan harga ini boleh mempengaruhi daya saing pengeluar Malaysia dalam industri global, terutamanya jika syarikat-syarikat di AS mencari alternatif yang lebih murah.
Produk Malaysia di AS juga akan mengalami penurunan permintaan dan pengimport di AS mungkin beralih kepada sumber alternatif yang lebih murah atau kepada produk tempatan untuk mengelakkan kos tambahan akibat tarif ini.
Pengurangan permintaan ini akan memberi impak negatif kepada eksport Malaysia, kerana AS merupakan salah satu pasaran utama bagi pelbagai jenis produk Malaysia.
Sekiranya permintaan menurun secara berpanjangan, ia boleh menyebabkan pengurangan dalam jumlah eksport dan pendapatan negara.
Industri eksport Malaysia ke AS mungkin menghadapi tekanan akibat penurunan permintaan dan persaingan sengit. Pengeluar perlu menurunkan margin keuntungan atau mencari pasaran baru.
Strategi jangka panjang termasuk memperkukuh hubungan dagang dengan negara lain untuk mengekalkan kestabilan dan keberlanjutan industri dalam menghadapi cabaran global.
Pengangguran Meningkat
Kesan seterusnya ialah kehilangan peluang pekerjaan. Penurunan permintaan eksport ke Amerika Syarikat juga boleh menyebabkan kilang-kilang yang bergantung kepada eksport ini mengurangkan operasi atau menutup kilang sepenuhnya.
Akibatnya, ramai pekerja mungkin hilang pekerjaan yang seterusnya akan meningkatkan kadar pengangguran di negara ini.
Kehilangan sumber pendapatan ini akan memberi impak langsung kepada kebajikan rakyat, terutamanya bagi mereka yang bergantung kepada sektor-sektor berorientasikan eksport.
Selain itu, kesan kepada ekonomi negara juga tidak boleh diabaikan. Eksport merupakan salah satu penyumbang utama kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia.
Pertumbuhan Ekonomi Terbantut
Penurunan eksport ke AS akibat tarif ini boleh mempengaruhi pertumbuhan ekonomi negara secara keseluruhan dan mengurangkan pendapatan kerajaan dari cukai.
Keadaan ini mungkin memaksa kerajaan mengurangkan perbelanjaan dalam sektor-sektor penting seperti pendidikan, kesihatan, dan infrastruktur, yang pada akhirnya akan memberi kesan kepada kualiti hidup rakyat.
Di samping itu, ketidakpastian pasaran juga menjadi antara kesan yang perlu diambil kira. Pelabur mungkin menjadi berhati-hati akibat ketidakpastian daripada tarif ini, yang boleh menyebabkan penurunan pelaburan asing langsung (FDI) di Malaysia.
Pengurangan pelaburan asing ini akan mempengaruhi pembukaan peluang pekerjaan baru serta perkembangan teknologi dan inovasi di negara ini.
Ketidakpastian ini juga boleh melemahkan keyakinan pelabur tempatan, yang seterusnya akan menjejaskan pertumbuhan industri dan ekonomi negara.
Pasaran Baharu
Namun, di sisi positif, Malaysia mungkin terdorong untuk mencari pasaran baru di rantau Asia Tenggara, China, India, dan Eropah sebagai respon kepada cabaran ini.
Langkah ini boleh membuka peluang diversifikasi pasaran dan mengurangkan kebergantungan kepada AS.
Walau bagaimanapun, usaha ini memerlukan masa dan pelan strategik yang cekap, termasuk peningkatan kualiti produk dan promosi dagang yang agresif.
Walaupun cabaran ini besar, ia boleh menjadi pemangkin untuk Malaysia memperkukuh kedudukannya dalam pasaran global jangka panjang.
Untuk mengatasi cabaran akibat tarif ini, kerajaan dan pihak swasta perlu melaksanakan pelbagai strategi proaktif.
Salah satu langkah utama adalah melalui diversifikasi pasaran eksport dengan mempergiat usaha untuk memasuki pasaran baru seperti negara-negara ASEAN, Timur Tengah, Afrika, dan Amerika Latin.
Selain itu, pengeluar Malaysia perlu meningkatkan nilai tambah produk mereka melalui inovasi teknologi dan peningkatan kualiti untuk bersaing lebih efektif di pasaran global.
Kerajaan juga perlu terus menjalankan rundingan diplomatik dengan kerajaan AS untuk mengurangkan atau mengecualikan tarif ini, sambil menekankan hubungan perdagangan dua hala yang saling menguntungkan.
Belilah Barangan Buatan Malaysia
Di samping itu, sokongan kepada syarikat kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas oleh tarif ini juga penting, termasuk melalui bantuan kewangan dan teknikal untuk membantu mereka bertahan dalam situasi ketidakpastian.
Pada masa yang sama, untuk mengurangkan kesan kepada rakyat Malaysia, kerajaan boleh menggalakkan penggunaan produk tempatan melalui kempen "Belilah Barangan Buatan Malaysia".
Langkah ini tidak hanya akan membantu industri tempatan berkembang, tetapi juga memupuk semangat patriotisme dalam kalangan rakyat untuk menyokong produk dalam negara.
Dengan gabungan pelbagai pendekatan ini, Malaysia boleh menghadapi cabaran ini secara berkesan dan mengukuhkan kedudukan ekonominya dalam jangka panjang.
Tarif 24 peratus yang dikenakan oleh AS ke atas produk Malaysia bermula 9 April akan membawa kesan mendalam kepada sektor eksport dan rakyat Malaysia.
Walaupun cabaran ini sukar, ia juga membuka peluang untuk diversifikasi pasaran dan peningkatan kapasiti industri tempatan.
Kerjasama antara kerajaan, sektor swasta, dan rakyat adalah kunci untuk mengatasi cabaran ini dan memastikan kestabilan ekonomi jangka panjang.
*Ahmad Yani Ismail adalah Pensyarah/ Penyelidik Fakulti Pengurusan dan Muamalah, Pusat Penyelidikan Antarabangsa Ekonomi dan Kewangan Islam, Universiti Islam Selangor.
-DOSM Keningau