Timbalan Pengarah DOSM Sabah, Tuan Surhardi Omar bersama staf Pentadbiran Kota Kinabalu, telah melakukan lawatan kerja dan seterusnya memeriahkan sambutan Hari Raya Aidilfitri 2025 bersama semua anggota Pejabat Perangkaan Keningau (DOSM Keningau).
Dikongsikan suasana meriah semasa Sesi Sambutan Hari Raya bersama warga DOSM Keningau ini.
Juga, semoga inti perbincangan bersama Timbalan juga dapat dijadikan panduan dan sumber inspirasi kepada seluruh anggota DOSM Keningau untuk terus melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi dan komitmen, sekaligus menyumbang kepada pembangunan data dan statistik yang berkualiti demi manfaat negara serta masyarakat.
Pantun Raya
Cantik melaram di hari bahagia,
Warna warni hiasi diri;
Riang suka di Hari Raya,
Ucapan dari kami salam Aidilfitri.
Sayup terdengar takbir raya,
Mata berkaca syukur meraikan;
Hari raya disambut gembira,
Bersama tersayang rakan & taulan.
Baju baharu cantik berseri,
Salam dihulur ikhlas dihati;
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf dipinta sepenuh hati.
-DOSM Keningau