Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah bantuan tunai bulanan yang akan disalurkan terus kepada penerima berdasarkan kategori pendapatan dan tanggungan keluarga, manakala Bantuan MyKad Madani (Mykasih) menggunakan teknologi MyKad sebagai 'dompet digital' atau eWallet, untuk membeli barangan keperluan asas di kedai terpilih.
Gabungan kedua-dua inisiatif ini menjadikan Bantuan Madani 2025 lebih praktikal dan telus bagi memastikan bantuan sampai kepada yang benar-benar memerlukan.
Berbanding tahun sebelumnya, Bantuan Madani 2025 menawarkan:
KATEGORI DAN SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN
Kelayakan Bantuan Madani 2025 dibahagikan mengikut kategori dan pendapatan:
Nota: Pemohon STR perlu mengemas kini maklumat setiap 3 tahun untuk terus layak.
CARA MEMOHON & SEMAK STATUS
1. STR 2025:
Permohonan Baharu:
Semakan Status:
Layari portal MySTR, masukkan nombor MyKad, dan ikuti arahan pengesahan.
2. MyKad Madani (MyKasih):
JADUAL BAYARAN
CARA PEMBELIAN BARANGAN DENGAN MENGGUNAKAN MyKAD:
Tips: Baki tidak digunakan akan dibawa ke bulan berikutnya, jadi tak perlu beli secara tergesa-gesa!
SENARAI BARANG MyKasih
Anda boleh membeli barangan keperluan asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan:
DIKEDAI MANA SAHAJA ANDA BOLEH MENGGUNAKAN MyKad MADANI?
Berikut adalah senarai kedai diseluruh Malaysia yang terlibat dalam program bantuan MADANI, Senarai Kedai MyKasih
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya menyiarkan maklumat berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
#StatsMalaysia
#DOSM_Sabah
#DOSM_Keningau
#StatistikNadiKehidupan
#StatistikSegalanyaPasti
-DOSM Keningau

- Kadar Bantuan Lebih Tinggi: Isi rumah berpendapatan dibawah RM2,500 sebulan, akan menerima sehingga RM4,600 setahun apabila digabungkan dengan STR dan SARA.
- Pembayaran Tanpa Tunai: MyKad Madani membolehkan penerima membeli barangan keperluan dilebih 1,200 kedai rakan strategik seperti Mydin dan Giant tanpa perlu mengeluarkan wang fizikal.
- Pelaksanaan Lebih Luas: Bantuan ini kini merangkumi Sabah dan Sarawak, dengan lebih 4.1 juta penerima STR layak menerima SARA.
KATEGORI DAN SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN
Kelayakan Bantuan Madani 2025 dibahagikan mengikut kategori dan pendapatan:
Nota: Pemohon STR perlu mengemas kini maklumat setiap 3 tahun untuk terus layak.
CARA MEMOHON & SEMAK STATUS
1. STR 2025:
Permohonan Baharu:
- Isi borang dalam talian di laman rasmi LHDNM, MySTR atau muat turun borang luar talian.
- Lampirkan dokumen diperlukan seperti slip gaji dan salinan MyKad.
Semakan Status:
Layari portal MySTR, masukkan nombor MyKad, dan ikuti arahan pengesahan.
2. MyKad Madani (MyKasih):
- Semakan Automatik: Jika anda penerima STR 2025, anda layak secara automatik!
- Layari Portal Mykasih: Semak di https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Semak Baki: Gunakan MyKad di kedai rakan runcit dan imbas kod barangan berlabel MyKasih. Resit akan menunjukkan baki terkini.
JADUAL BAYARAN
CARA PEMBELIAN BARANGAN DENGAN MENGGUNAKAN MyKAD:
- Pilih produk berlabel MyKasih (contoh: beras, minyak masak).
- Tunjukkan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan.
- Imbas kod barangan dan masukkan PIN 6-digit.
- Simpan resit untuk rujukan.
Tips: Baki tidak digunakan akan dibawa ke bulan berikutnya, jadi tak perlu beli secara tergesa-gesa!
SENARAI BARANG MyKasih
Anda boleh membeli barangan keperluan asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan:
- Beras;
- Roti;
- Telur;
- Minyak masak;
- Tepung;
- Biskut;
- Mi segera;
- Minuman (contoh: susu, milo, teh, nescafe);
- Makanan dalam tin (contoh: sardin, tuna, kacang panggang);
- Bahan perasa (contoh: sos, kicap, gula, garam);
- Produk kebersihan diri (contoh: ubat gigi, sabun cecair mandian, tuala wanita);
- Ubat-ubatan (contoh: panadol, ubat batuk, dan lain-lain yang diluluskan oleh KKM); dan
- Barangan persekolahan (contoh: pakaian seragam sekolah, kasut, beg sekolah, alat tulis).