Banci Dan Survei DOSM

Jabatan Perangkaan Malaysia merupakan agensi utama kerajaan yang diamanah dan dipertanggungjawab untuk memungut, mentafsir serta menyebar perangkaan yang bertepatan masa dan terkini untuk memantau prestasi ekonomi dan juga pembangunan sosial negara.

DOSM Malaysia

Peranan

Sebagai agensi utama dalam bidang perangkaan ke arah sistem maklumat yang bermutu, berorientasikan pengguna dan bertepatan masa, untuk pembentukan dasar perancangan pembangunan dan pentadbiran negara.

Fungsi

Di bawah "Akta Perangkaan 1965 (Disemak 1989)", yang mana di bawah Akta ini (Seksyen 5) menghendaki mana-mana pertubuhan yang beroperasi di Malaysia untuk memberikan maklumat sebenar atau anggaran terbaik kepada DOSM.

Mengikut Akta ini, kandungan soal selidik pertubuhan/individu yang diterima adalah SULIT dan tidak boleh dihebahkan kepada sesiapa atau mana-mana institusi di luar DOSM.

Fungsi utama Jabatan Perangkaan Malaysia ialah:
  • Mengumpul dan mentafsirkan perangkaan bagi tujuan pembentukan atau pelaksanaan dasar-dasar kerajaan dalam apa juga bidang yang diperlukan oleh kerajaan atau bagi memenuhi keperluan-keperluan perdagangan, perniagaan, perindustrian, pertanian atau lain-lain.
  • Menyebar perangkaan yang telah dikumpul atau tafsiran yang dibuat atas perangkaan yang dikumpul itu, bukan sahaja kepada agensi-agensi kerajaan, tetapi juga kepada pihak-pihak berkuasa atau orang-orang yang mana maklumat itu berguna untuk mereka.

BANCI DAN SURVEI YANG DIJALANKAN OLEH JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA

PERTANIAN
  1. Survei Getah Bulanan - Banci Estet Getah Bulanan (Bulanan)
  2. Survei Getah Bulanan - Banci Pemproses Getah Bulanan (Bulanan)
  3. Survei Getah Bulanan - Banci Pengguna Getah Bulanan (Bulanan)
  4. Survei Pertanian & Alam Sekitar (Pertanian) (Suku Tahunan)
  5. Survei Pertanian dan Alam Sekitar (Alam Sekitar) (Suku Tahunan)
  6. Banci Ekonomi Tahunan - Pertanian (Tahunan)
  7. Banci Ekonomi Tahunan - Bekalan Air, Pembentungan Pengurusan Sisa & Aktiviti Pemulihan (Tahunan)
  8. Banci Perbelanjaan Perlindungan Alam Sekitar (Tahunan)
  9. Banci Ekonomi - Tanaman, Ternakan, Perikanan, Perhutananan dan pembalakan, Bekalan Air (Pembetungan, Pengurusan Sisa dan Aktiviti Pemulihan) (Setiap 5 tahun)
  10. Banci Pertanian (Setiap 10 tahun)

PETUNJUK PERNIAGAAN
  1. Survei Kecenderungan Perniagaan - Pertanian (Suku Tahunan)
  2. Survei Kecenderungan Perniagaan - Industri (Perlombongan, Air dan Elektrik) (Suku Tahunan)
  3. Survei Kecenderungan Perniagaan - Pembuatan (Suku Tahunan)
  4. Survei Kecenderungan Perniagaan - Pembinaan (Suku Tahunan)
  5. Survei Kecenderungan Perniagaan - Perdagangan Borong & Runcit (Suku Tahunan)
  6. Survei Kecenderungan Perniagaan - Hotel (Suku Tahunan)
  7. Survei Kecenderungan Perniagaan - Makanan dan Minuman (Suku Tahunan)
  8. Survei Kecenderungan Perniagaan - Kewangan (Suku Tahunan)
  9. Survei Kecenderungan Perniagaan - Pendidikan (Suku Tahunan)
  10. Survei Kecenderungan Perniagaan - Perkhidmatan (Pengangkutan & Penyimpanan, Komunikasi, Hartanah, Insurans dan Teknologi Maklumat & Komunikasi) (Suku Tahunan)
  11. Survei Kecenderungan Perniagaan - Perkhidmatan Lain (Profesional, Pentadbiran & Khidmat Sokongan dan Kesihatan) (Suku Tahunan)

PEMBINAAN
  1. Penyiasatan Binaan Suku Tahunan (Suku Tahunan)
  2. Survei Ekonomi Tahunan - Pembinaan (Tahunan)
  3. Penyiasatan Pembinaan Tahunan (Setiap 2 Tahun)
  4. Banci Ekonomi - Pembinaan (Setiap 5 Tahun)

SEKTOR LUARAN
  1. Survei Perdagangan Perkhidmatan Antarabangsa (ITS) : ITS 1 - Pengangkutan - Penumpang, Muatan, Penggudangan, & Perkhidmatan, Pengangkutan Lain Yang Berkaitan (Suku Tahunan)
  2. Survei Perdagangan Perkhidmatan Antarabangsa (ITS) : ITS 1 - Pengangkutan - Pengusaha Pelabuhan & Lapangan Terbang (Suku Tahunan)
  3. Survei Perdagangan Perkhidmatan Antarabangsa (ITS) : ITS 1 - Pengangkutan - Perkhidmatan Pos & Kurier (Suku Tahunan)
  4. Survei Perdagangan Perkhidmatan Antarabangsa (ITS) - ITS Umum (Suku Tahunan)
  5. Survei Kedudukan Pelaburan Langsung (Survei Usaha Sama DOSM-BNM) (Suku Tahunan)
  6. Survei Statistik Affiliate Malaysia di Luar Negeri (Outward FATS) (Tahunan)

PEMBUATAN
  1. Penyiasatan Pembuatan Bulanan (Bulanan)
  2. Penyiasatan Industri Pembuatan Tahunan (Tahunan)
  3. Penyiasatan Pertubuhan Bekalan Elektrik, Gas, Wap dan Pendinginan Udara (Tahunan)
  4. Banci Ekonomi - Sektor Pembuatan (Setiap 5 tahun)
  5. Survei Ekonomi Tahunan - Bekalan Elektrik, Gas, Wap dan Pendingin Udara (Tahunan)
  6. Survei Ekonomi Tahunan 2022 - Pembuatan (Tahunan)

PERLOMBONGAN & PENGKUARIAN
  1. Banci Perkhidmatan dan Peralatan Minyak & Gas (OGSE) (Setiap 2 tahun)
  2. Banci Industri Perlombongan Minyak Mentah dan Gas Asli Tahunan (Tahunan)
  3. Banci Ekonomi - Perlombongan dan Pengkuarian : Perlombongan (Setiap 5 tahun)
  4. Banci Ekonomi - Perlombongan dan Pengkuarian : Pengkuarian Batu (Setiap 5 tahun)
  5. Banci Ekonomi - Perlombongan dan Pengkuarian : Pengekstrakan Pasir (Setiap 5 tahun)
  6. Banci Ekonomi - Perlombongan dan Pengkuarian : Petroleum dan Gas Asli (Setiap 5 tahun)
  7. Survei Ekonomi Tahunan - Perlombongan Mineral dan Pengkuarian (Tahunan)
  8. Survei Ekonomi Tahunan - Petroleum dan Gas Asli (Tahunan)

HARGA-HARGA
  1. Pungutan Harga Bahan Binaan Bangunan (Bulanan)
  2. Survei Harga Pengeluar (Bulanan)
  3. Pungutan Harga Pengguna (Bulanan)
  4. Survei Sewa Rumah (Bulanan)
  5. Indeks Harga Pengeluar Perkhidmatan (Suku Tahunan)

PERKHIDMATAN
  1. Survei Perkhidmatan : Perkhidmatan Pengangkutan dan Penyimpanan (Suku Tahunan)
  2. Survei Perkhidmatan : Perkhidmatan Maklumat Dan Komunikasi (Suku Tahunan)
  3. Survei Perkhidmatan : Perkhidmatan Makanan dan Minuman (Suku Tahunan)
  4. Survei Perkhidmatan : Perkhidmatan Penginapan (Suku Tahunan)
  5. Survei Perkhidmatan : Perkhidmatan Pendidikan (Suku Tahunan)
  6. Survei Perkhidmatan : Perkhidmatan Kesihatan (Suku Tahunan)
  7. Survei Perkhidmatan : Perkhidmatan Profesional (Suku Tahunan)
  8. Survei Perkhidmatan : Ejen Hartanah (Suku Tahunan)
  9. Survei Perkhidmatan : Perkhidmatan Kesenian, Hiburan dan Rekreasi (Suku Tahunan)
  10. Survei Perkhidmatan : Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan (Suku Tahunan)
  11. Survei Perkhidmatan : Perkhidmatan Persendirian dan Lain-lain Aktiviti (Suku Tahunan)
  12. Survei Perkhidmatan : Pembetungan, Pengurusan Sisa dan Aktiviti Pemulihan (Suku Tahunan)
  13. Survei Pelancongan Domestik (Bulanan)
  14. Survei E-Dagang (Tahunan)
  15. Survei Perdagangan Borong & Runcit Bulanan (Bulanan)
  16. Survei Ekonomi - Pengangkutan (Tahunan)
  17. Survei Ekonomi - Maklumat & Komunikasi (Tahunan)
  18. Survei Ekonomi - Kewangan (Tahunan)
  19. Survei Ekonomi - Profesional (Tahunan)
  20. Survei Ekonomi - Kesihatan Swasta dan Kerja Sosial (Tahunan)
  21. Survei Ekonomi - Pendidikan Swasta (Tahunan)
  22. Survei Ekonomi - Penginapan (Tahunan)
  23. Survei Ekonomi - Hartanah (Tahunan)
  24. Survei Ekonomi - Pentadbiran dan Khidmat Sokongan (Tahunan)
  25. Survei Ekonomi - Agensi Pengembaraan / Operator Pelancongan / Sewa Pandu Kenderaan (Tahunan)
  26. Survei Ekonomi - Makanan & Minuman (Tahunan)
  27. Survei Ekonomi - Perkhidmatan Persendirian (Tahunan)
  28. Survei Ekonomi - Pusat Persidangan dan Pameran Perniagaan (Tahunan)
  29. Survei Ekonomi - Muzium dan Kebudayaan & Rekreasi Lain (Tahunan)
  30. Survei Ekonomi - Sukan Terpilih (Tahunan)
  31. Survei Ekonomi - Perdagangan Borong & Runcit (Tahunan)
  32. Survei Ekonomi - Kesenian, Hiburan & Kreatif (Tahunan)
  33. Survei Ekonomi - Perkhidmatan Lain (Tahunan)
  34. Survei Ekonomi Tahunan (Ad-Hoc)
  35. Banci Ekonomi - Sektor Perkhidmatan (Setiap 5 tahun)

ALAM SEKITAR
  1. Penyiasatan Perbelanjaan Untuk Perlindungan Alam Sekitar (Tahunan)
  2. Banci Ekonomi - Bekalan Air; Pembetungan, Pengurusan Sisa dan Aktiviti Pemulihan (Setiap 5 tahun)

PENDUDUK & DEMOGRAFI
  1. Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia (Setiap 10 tahun)
  2. Penyiasatan Penilaian Liputan Banci (Setiap 10 tahun)

TENAGA BURUH & PERANGKAAN SOSIAL
  1. Survei Tenaga Buruh (STB) (Bulanan)
  2. Survei Gaji dan Upah (Bulanan)
  3. Survei Sektor Informal (Bulanan)
  4. Survei Migrasi (Bulanan)
  5. Penyiasatan Guna Tenaga Suku Tahunan (Suku Tahunan)
  6. Survei National Household Indicators (NHIS) (Ad-Hoc)

PENDAPATAN & PERBELANJAAN ISI RUMAH
  1. Survei Penggunaan dan Capaian ICT oleh Individu dan Isi Rumah (ICTHS) (Tahunan)
  2. Survei Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas (HIS) (5 Tahun Dua Kali)
  3. Survei Perbelanjaan Isi Rumah (HES) (5 Tahun Dua Kali)

-DOSM Keningau

Pendakian ke Puncak Gunung Kinabalu sempena Hari Statistik Negara 2024

Pendakian ke Puncak Gunung Kinabalu sempena Hari Statistik Negara 2024 diketuai Ybhg Dato’ Sri Dr Mohd Uzir Mahidin Bersama 19 pegawai Jabatan (wakil Pejabat Operasi Keningau Encik Raiman @ Raimin Rinduan dan Puan Syuriahneh binti Open).

Pendakian ke Puncak Gunung Kinabalu

Dalam pendakian ini, mereka telah mengibarkan bendera Hari Statistik Negara, Sambutan Jubli Intan 75 Tahun DOSM dan Banci Pertanian 2024 sebagai simbolik keiltizaman DOSM dalam menyediakan maklumat-maklumat yang berkualiti tinggi untuk membantu pihak kerajaan melaksanakan dasar-dasar kerajaan.

Pendakian ke Puncak Gunung Kinabalu

Pendakian ke Puncak Gunung Kinabalu
Wakil DOSM Keningau.

#StatsMalaysia
#DOSM_Sabah
#DOSM_Keningau
#StatistikNadiKehidupan
#StatistikSegalanyaPasti
#FitDOSM

-DOSM Keningau